Julai 2011 ~ Open Tahfiz Centre

IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 1435/2014

Ayuh sertai program korban dan aqiqah di negara yang minoriti muslim.

TAWAKKAL

Bertawakallah Tanpa Ingkari Sunnnatullah

Pengajian Fleksibel

Antara Kemudahan yang disediakan di Open Tahfiz Centre, Belajar Secara Personal Pada Bila-bila masa.

KEMANISAN IMAN

Indahnya Menperoleh Kemanisan Iman

Jumaat, 15 Julai 2011

PENGAJARAN daripada PERJALANAN

Andainya dalam perjalanan engkau berhadapan dgn kesusahan & suasana getir, jangan mudah kecewa kerana orang bijak pandai ada menyatakan:
"Don't give up at half time. Concentrate on wining the second half " -Coach Paul 'Bear' Bryant
(Jangan kecewa pada separuh masa pertama. Tumpukan kemenangan pada separuh masa kedua)

Tuhan menjadikan tahap kesusahan perjalanan di dunia ini kpd 3 :
> Perjalanan mudah & lumrah : perjalanan di daratan
> Perjalanan sederhana : perjalanan di lautan
> Perjalanan sukar & berisiko tinggi : perjalanan di udara

Apabila berjalan di lautan, 3 pengajaran dapat ditimba tentang hidup:
^ laut yang luas tiada pedoman(landmark) meminta anda menentukan hala tuju dgn menggunakan kompas, arah matahari atau arah bintang di langit.
^ Perjalanan yang tidak menentu memerlukan anda menyediakan bekalan sekiranya terdampar di pulau kesusahan.
^ Pergantungan hidup kepada Tuhan lebih tinggi daripada hidup di lautan..
iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Jumaat, 8 Julai 2011

Renungan Jumaat : Kita adalah LANGIT yang melindungi mereka...

Dalam kitab sejarah diceritakan bahawa Muawiyah b Abi Sufian r.a pernah memarahi anaknya Yazid. Kemudian dia mengadu kepada Ahnaf b Qais berkenaan cara mendidik anak-anak.


Ahnaf menjawab "Mereka adalah buah hati kita & tulang belakang kita. Kita adalah bumi yang terbentang bagi mereka dan langit untuk melindungi mereka. Jadi, jika mereka meminta sesuatu, berilah kepada mereka. Jika mereka marah atau sedih, pujuklah mereka."


"Sesungguhnya mereka sentiasa mengurniakan kepadamu hubungan baik dan mesra, mereka juga mengasihi kamu sedaya upaya mereka. Jangan sekali-kali memberatkan mereka, nescaya mereka akan jemu hidup bersamamu dan mengharapkan kematianmu..." iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>