Mac 2012 ~ Open Tahfiz Centre

IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 1435/2014

Ayuh sertai program korban dan aqiqah di negara yang minoriti muslim.

TAWAKKAL

Bertawakallah Tanpa Ingkari Sunnnatullah

Pengajian Fleksibel

Antara Kemudahan yang disediakan di Open Tahfiz Centre, Belajar Secara Personal Pada Bila-bila masa.

KEMANISAN IMAN

Indahnya Menperoleh Kemanisan Iman

Khamis, 29 Mac 2012

Kalimah ALLAH, milik siapa??

Bolehkah orang bukan Muslim memanggil tuhan mereka dengan nama Allah??

Dalam surah Luqman, ayat 25, Allah berkata ‘Dan sesungguhnya, sekiranya engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka yang musyrik itu, “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab “Allah”. Katakanlah (wahai Muhammad), “Alhamdulillah” akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat tauhid’.

Dalam ayat ini, apabila ditanya, golongan musyrikin pada zaman nabi mengakui Tuhan yang mencipta langit dan bumi adalah Allah. Golongan musyrikin tidak dilarang bagi mengatakan yang Maha Pencipta adalah Allah. Secara dasarnya, kenyataan itu adalah benar. Justeru, Allah menyuruh nabi berkata, “Alhamdulillah”.

Berhubung perkara ini, hamka berkata dalam tafsir al-Azhar, “ Mereka mengakui Tuhan hanya yang satu itu, maka disuruh nabi Muhammad mengucapkan puji-pujian setinggi-tingginya kepada Tuhan, kerana titik terang masih ada di dalam hati”.

Dasar kepercayaan kepada Tuhan masih ada. Cuma selama ini dasar kepercayaan itu tertimbus  dalam kebodohan, kegelapan dan kepercayaan nenek moyang yang tidak diselidiki kebenarannya. Oleh sebab itu, hujung ayat disebutkan, “…akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.”

Justeru, golongan bukan Islam tidak dilarang menggunakan kalimat Allah kerana sememangnya Allah adalah Tuhan mereka. Namun, disebabkan penggunaan kalimat itu tidak disertai kefahaman yang betul, mereka perlu disedarkan mengenai siapa Allah yang sebenarnya.

Golongan Kristian sebagai contoh, perlu sisedarkan sekiranya kalimat Allah mahu digunakan secara rasmi, konsep anak tuhan wajib diBUANG. Hal ini kerana, kalimat Allah berdiri dengan sendirinya tanpa menerima sebarang sekutu. Kalimat Allah hanya wujud dalam bentuk yang Esa. Justeru, konsep tritunggal juga wajib dibuang. Tambahan daripada itu, Allah tidak mempunyai jantina. Justeru, Dia bukan lelaki dan juga bukan perempuan. 

petikan drpd Tuan bertanya, Dr. Danial menjawab mengenai persoalan Islam yg kontemporari. iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>