November 2015 ~ Open Tahfiz Centre

IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 1435/2014

Ayuh sertai program korban dan aqiqah di negara yang minoriti muslim.

TAWAKKAL

Bertawakallah Tanpa Ingkari Sunnnatullah

Pengajian Fleksibel

Antara Kemudahan yang disediakan di Open Tahfiz Centre, Belajar Secara Personal Pada Bila-bila masa.

KEMANISAN IMAN

Indahnya Menperoleh Kemanisan Iman

Khamis, 5 November 2015

Program Cuti Sekolah 2015


MAKLUMAT PROGRAM

Kem Rakan Al-Quran (KRQ) merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin (PTDH) pada setiap tahun sebagai pendekatan efektif dalam membina pemangkin generasi muslim yang berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan seharian.
Kem ini akan berlangsung selama 7 hari 6 malam yang bertempat di dua lokasi berlainan yang membahagikan pelajar banin ( lelaki ) dan pelajar banat ( perempuan ). Maklumat lengkap program adalah seperti berikut : -
LELAKI
( Perkhemahan 7 Hari 6 Malam )
PEREMPUAN
( Ulang Alik 7 Hari 8.00 am – 4.00 pm )
UMUR
9 - 18 TAHUN
TARIKH
23 NOVEMBER 2015 – 29 NOVEMBER 2015
( Isnin – Ahad )
TEMPAT
DARUL HAAFIZHIIN AL-FURQAN
Lot 1971 (B), Kampung Sungai Salak, Jalan Gombak Batu 10, 53100 Gombak, Selangor
PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN
No 15, Lorong Kiri 1, Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
YURAN PENDAFTARAN
RM 320 / Peserta

PENDAFTARAN
Pendaftaran boleh dilakukan di PEJABAT PTDH atau pendaftaran secara online. Borang boleh didapati di Pejabat PTDH atau memuat naik di sini.
PENDAFTARAN ONLINE
Langkah 1 :  Membuat bayaran penuh melalui pindahan wang/bank in ke akaun : 


AKAUN MAYBANK : 
5645 5712 5659 - PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN
Jika transaksi dibuat melalui pindahan wang ( Fund Transfer ) di perbankan internet, Anda diminta untuk mengisikan nama penjaga ( nama ringkas ) di ruang recipient referent dan email darulhaafizhiin.krq@gmail.com di ruang Recipient email.
 Anda juga diminta untuk printscreen / save as pdf / snap picture bagi setiap transaksi perbankan internet atau transaksi di ATM sebagai bukti pembayaran.

Kerjasama daripada anda amat penting bagi memudahkan urusan pendaftaran.


Langkah 2 : Mengisi maklumat penjaga, maklumat peserta dan maklumat pembayaran di borang atas talian ( online form ) seperti yang tertera di bawah. Anda diminta memuat  naik ( upload ) bukti pembayaran di ruang yang terdapat pada borang.



Langkah 3 : Kami akan memberikan maklum balas dalam masa 48 jam. Jika tiada maklum balas daripada kami, sila hubungi pihak PTDH bagi memaklumkan pendaftaran

PENDAFTARAN AKAN DITUTUP PADA 19 NOVEMBER 2015
PENYERTAAN TERHAD KEPADA 80 ORANG SAHAJA
iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>