Ogos 2011 ~ Open Tahfiz Centre

Khamis, 25 Ogos 2011

Setelah genap 25 hari kita berpuasa dan Alhamdulillah, solat terawih masih dijalankan seperti biasa di Open Tahfiz Centre. Walaupun kehadiran tidak seperi hari-hari pengajian, tetapi kami tetap berbangga dengan pelajar-pelajar yang terus konsisten hadir menghidupkan malam-malam dengan mendirikan solat Isyak & terawih.  Tahniah diucapkan kepada Imam Muda Farez, Aniq, Rusyaidi, Hadi, Aiman, Ahnaf dan Rusyaidi yang terus hadir untuk mengimarahkan...

Selasa, 23 Ogos 2011

Ifthar & Pengisian Rohani di Open Tahfiz Centre

Alhamdulillah, telah 21 hari kita melalui bulan Ramadhan ini. Moga-moga kita terus menjalaninya dengan lebih bersungguh-sungguh dalam meningkatkan amalan dalam bulan ibadah ini. Syukur kepada Allah.. pada setiap Jumaat lepas, seperti biasa kami mengadakan majlis berbuka puasa yang mana ianya terbuka kepada semua muslim untuk sama-sama berkenalan dan mengeratkan silaturrahim... Alhamdulillah, sambutan adalah baik. Pada setiap Jumaat juga diadakan...

Jumaat, 19 Ogos 2011

Solat Tarawih di Open Tahfiz Centre... (siri 2)

Jeng jeng jeng... kini tibalah masa giliran sahabat tahfiz yang lain pula yang menjadi imam. Gambar yang disebelah ini adalah gambar Ust Shahzan yang sedang menyampaikan tazkirah ringkas mengenai bulan Ramadhan. Beliau berpesan supaya menggandakan lagi amalan kerana kita semakin mendekati 10 malam terakhir Ramadhan... Turn Imam Muda Ust Hanzalah pula menjadi imam. iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/...

Selasa, 9 Ogos 2011

Solat Tarawih di Open Tahfiz Centre

Imam Muda Al-Ahnaf Setiap hari iaitu Isnin hingga Jumaat, Open Tahfiz Centre tidak ketinggalan untuk melaksanakan solat tarawih bersempana ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Setiap hari pelajar-pelajar di sini ditaklifkan untuk menjadi imam untuk solat Isyak & Tarawih.Imam Muda Aiman Setiap hari, mereka akan bergilir-gilir mengikut jadual yang ditetapkan. Tugas ini adalah sebagai satu taklifan dan latihan kepada mereka supaya berkeyakinan...

Jumaat, 5 Ogos 2011

Rasulullah SAW sebagai Pemimpin

Rasulullah tidak makan jika umatnya tidak makan Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak,...

Rabu, 3 Ogos 2011

Sifat Rasulullah SAW

Rasulullah SAW sebagai suami Kisah 1: Cara Rasulullah menegur Rasulullah saw tidak pernah menggap sepele kesalahan yang diperbuat oleh salah satu dari istri. Beliau pasti meluruskan dengan cara yang baik. Diriwayatkan dari Aisyah: تقول عائشة رضي الله عنها: ما رأيت صانعة طعام مثل صفية صنعت لرسول اللهطعاما وهو في بيتي، فارتعدت من شدة الغيرة فكسرت الإناء ثم ندمت فقلت: يا رسول الله ما كفارة ما صنعت؟ قال: إناء مثل إناء، وطعام مثل طعام.“Saya tidak pernah melihat orang yang lebih baik di dalam membuatkan masakan, selain Shafiyah. Ia membuatkan...

Selasa, 2 Ogos 2011

Solat Cegah Kemungkaran

"Buat apa nak solat kalau solat pun tak ikhlas?" "Aku tak nak hipokrit solat-solat nih.." Bait-bait ayat itulah yang sering kita dengar. Erm...cuba kita fikir & renungkan. Macam mana nak ikhlas kalau kita tak solat? Macam mana tak hipokrit kalau kita tak solat?? Maka, solatlah. InsyaAllah. apabila kita solat, ia adalah jalan atau proses menuju ikhlas, menghilangkan rasa hipokrit. Percayalah.. solatlah dahulu, pasti yang lain akan menyusul....