Open Tahfiz Centre

IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 1435/2014

Ayuh sertai program korban dan aqiqah di negara yang minoriti muslim.

TAWAKKAL

Bertawakallah Tanpa Ingkari Sunnnatullah

Pengajian Fleksibel

Antara Kemudahan yang disediakan di Open Tahfiz Centre, Belajar Secara Personal Pada Bila-bila masa.

KEMANISAN IMAN

Indahnya Menperoleh Kemanisan Iman

Rabu, 17 Julai 2013

Guru Tahfiz Deperlukan


Kami Memerlukan Guru Tahfiz Sepenuh masa

Kelayakan    
   : Lelaki
: Berkelulusan dalam Bidang al-Quran
   : Menghafal al-Quran 30 juz
   : Berusia 20 tahun ke Atas
: Kelebihan kepada Individu Yang belum berkahwin
   ( Tempat Tinggal Disediakan )

Gaji Bulanan
   : RM 1100

Emailkan Resume Anda Kepada :    opentahfizcentre@gmail.com




iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Selasa, 16 Julai 2013

FADHILAT BERPUASA

1223. Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata: "Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah berfirman: "Setiap amalan anak Adam adalah untuknya sendiri melainkan puasa, kerana puasa adalah untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya, dan puasa ituadalah benteng, maka jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa, hendaknya jangan berkata kotor, juga jangan marah, dan jika ada orang yang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaknya ia mengatakan: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa". Demi zat yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya, nafas (bau mulut) orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah daripada wanginya misik. Orang yang berpuasa punya dua kebahagiaan; jika ia berbuka ia gembira, dan jika menemui Rabb-nya nanti, ia akan bahagia dengan puasanya." (HR.Bukhari-Muslim, dan ini redaksi Bukhari)

Dan dalam riwayatnya yang lain: "Ia meninggalkan makanan dan minuman, serta syahwatnya kerana Aku, puasa itu adalah kepunyaan-Ku dan Aku akan membalasnya, dan satu kebaikan akan mendapatkan sepuluh kali lipatnya."

Dan dalam satu riwayat Muslim: "Setiap amal perbuatan anak Adam, akan dilipatgandakan, satu kebaikan (dibalas) sepuluh kali lipatnya hingga tujuh ratus kali lipat." Allah s.w.t berfirman: "Melainkan puasa, kerana sesungguhnya ia adalah milik-Ku dan aku yang akan membalasnya, ia meninggalkan makanan dan minumannya demi Aku. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan; gembira ketika berbuka, dan gembira ketika bertemu Rabb-nya, dan nafas (bau mulut) orang yang berpuasa itu lebih wangi disisi Allah daripada bau misik."













iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Khamis, 11 Julai 2013

Jadual Berbuka & Imsak


iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Jumaat, 28 Jun 2013

Album ProSmart 2013

Assalamualaikum w.b.t....
     sempena cuti sekolah pertengahan tahun Open Tahfiz Centre telah mengadakan satu program "Smart Tahfiz" selama dua minggu berturut-turut bermula 27.5.2013 hingga 7.6.2013. Program ini berjaya dilaksananakan dengan kerjasama pengurus dan tenaga pengajar serta komitmen yang amat baik dari peserta-peserta program...Jazakallahukhair..^_^




qct2011's ProSmart13 album on Photobucket
iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Jumaat, 12 April 2013

Bertawakkal Tanpa Mengingkari Sunnatullah.


Firman Allah Taala :
"Maka Apabila Kamu telah bertekad maka bertawakkallah kamu kepada Allah" (ali Imran)

Tawakkal merupakan sebuah manifestasi taqwa bagi seseorang hamba kepada penciptanya. Seseorang hamba akan sentiasa meyakini diri mereka adalah 'hina' dan sering berhajat kepada Tuhannya dalam segala bentuk urusan, kudrat dan keadaan. Ibnu Rejab Menyebut : Tawakal adalah penyandaran hati pada Allah untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan dunia mahupun akhirat, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata.”

KONSEP BERTAWAKKAL

Meletakkan segala urusan kepada Allah adalah sifat bagi seseorang mukmin. Nabi Muhammad mengajar kita supaya sentiasa mengharapkan bantuan dan rahmat Allah. Di dalam dzikir yang nabi ajarkan kepada anaknya Fatimah R.Anha, ( bawah ) mempunyai nilai tawakkal yang cukup tinggi dengan meletakkan nasib ke atas Allah Azza Wajalla dengan sepenuhnya.

Pesanan Rasulullah kepada Puterinya : "Bacalah Dzikir ini pada waktu pagi dan petang"
Dengan berdoa seperti ini, bukanlah bermakna Allah akan menjadikan segala urusan menjadi baik tanpa usaha kita untuk mencapai kebaikan tersebut. Ini menunjukkan Konsep tawakkal bukanlah hanya terletak selepas berusaha, malah bertawakkal hendaklah berada sebelum sesuatu perkara dilaksanakan, sedang melaksanakan, atau pun setelah selesai melaksanakannya dengan  mengharap agar setiap urusan kita tidak ditinggalkan oleh Allah walaupun sekelip mata.

KEJAYAAN PERLU DIBAYAR DENGAN USAHA

Usaha yang diiringi dengan perancangan dan persiapan yang rapi, pasti akan menemui kejayaan. Setiap kejayaan pula mesti menemui pelbagai ujian dan pengorbanan. Tiada jalan mudah untuk memperoleh kejayaan walaupun dengan meletakkan harapan tinggi kepada Allah S.W.T.  Malah Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan utusan Allah, juga menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran dalam usahanya mencapai kemenangan islam. Melihat kepada perancangan yang cukup cantik di dalam hijrah Nabi, baginda berjaya melepaskan diri daripada buruan orang musyrikin tanpa mempunyai ilmu kebal ataupun mukjizat yang boleh menghilangkan dirinya, adapun kisah nabi membaca ayat 9 surah yasin untuk melepaskan diri daripada  musyrikin yang mengepung rumahnya merupakan suatu fakta yang tidak menepati sunnah penceritaan daripada sahabat. Perancangan yang tersusun di samping pengharapan kepada Allah  membuatkan baginda begitu yakin untuk meneruskan hijrah. Ketika melihat Abu Bakar R.A ketakutan di dalam gua Thur daripada ditemui oleh musyrikin quraisy, nabi berpesan "JANGANLAH ENGKAU BERDUKA CITA, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA"  dan kisah mereka dirakamkan di dalam surah At-taubah. : 40

   
40. kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di Dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "JANGANLAH ENGKAU BERDUKA CITA, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA". maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya Dengan bantuan tentera (malaikat) Yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah Dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah Yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Demikian juga perjuangan nabi dalam menyebarkan dakwah islam. Peperangan uhud, memperlihatkan kepada kita kecederaan teruk berlaku kepada para sahabat akibat ingkar terhadap perancangan yang telah di susun. Nabi juga cedera apabila di baling batu dan najis unta. ketika di taif. Tidaklah berubah batu dan najis tersebut menjadi tamar ataupun lain-lain.

AYAT AL-QURAN BUKAN JAMPI 

Kepercayaan terhadap keberkatan ayat al-quran tidak dinafikan, namun kepercayaan yang dicipta-cipta  yang tidak pernah diceritakan oleh para sahabat dan sejarah islam merupakan sesuatu yang bertentangan dengan sunnah.

 Terdapat suatu soalan yang ditanya kepada penulis mengenai tangkal pelaris yang dibacakan  ayat al-Quran untuk membuatkan sebuah perniagaan menjadi laris. Ini merupakan kesilapan yang besar kerana kepercayaan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan para sahabat. Bukan kesalahan pada ayat al-Quran tetapi salah pada kepercayaannya. Hal perihal kelebihan al-quran hanyalah diketahui oleh Allah yang hanya diceritakan kepada utusanya. Usaha Abdur-Rahman Bin Au'f dalam berniaga menyebabkan beliau menjadi hebat dalam ilmu tersebut. Beliau dikatakan boleh menukar batu menjadi emas kerana hebat dalam ilmu perniagaan dengan usaha dan pengalamannya sendiri.

Demikian juga Air Yang Dibacakan Ayat al-Quran. Mewujudkan kepercayaan dengan membaca 30 juz al-Quran pada air dan diminum dapat menjadi punca seseorang mendapat hidayah ataupun cemerlang dalam pelajaran adalah sesuatu kepercayaan yang salah. Hal ini tidak dilakukan sama sekali oleh Nabi S.A.W. sepanjang sirah baginda. Telaga air zam-zam tidak dibacakan padanya ayat alquran supaya seluruh rakyat quraisy mendapat hidayah. Bahkan Abu Talib yang merupakan insan paling Nabi sayangi juga tidak dapat memperoleh hidayah. Ketika Nabi memohon agar Allah memberi hidayah kepada beliau, Allah menjawab dengan jawapan yang tegas : 


56. Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).



Namun begitu, kepercayaan terhadap menyembuhkan penyakit dengan menggunakan kaedah rawatan al-quran pernah diajar oleh nabi dan air zam-zam merupakan penawar bagi pelbagai penyakit. 

Oleh yang demikian, segala kejayaan bermula dengan azam dan usaha serta pengharapan daripada Allah S.W.T..  Tawakkal hendaklah selari dengan ketakwaan agar rahmatNYA  mengiringi setiap usaha yang kita lakukan. Semoga kita diberi petunjuk oleh-NYA. Walllahua'lam.


iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

BELAJAR DARI LEBAH


iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Khamis, 14 Mac 2013

Insiden Lahad Datu : Bahana Memandang Islam Dalam Konsep Yang Sempit


Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan tragedi pencerobohan di Lahad Datu yang telah melibatkan hampir 10 orang pasukan keselamatan Malaysia terkorban dalam insiden terbabit. Penceroboh yang dikenali sebagai pengikut kesultanan sulu yang menetap di selatan Filipina, dikatakan ingin menuntut sabah yang kononnya merupakan tanah air mereka setelah diberikan oleh sultan brunei pada suatu ketika dulu. Perjuangan mempertahankan tanah air ini dilaungkan atas nama Islam dan rata-rata dari kalangan mereka merupakan penganut agama islam. Ini kemungkinan besar akan datang fitnah terhadap islam disebabkan insiden tersebut.

Islam Menolak Pencerobohan Yang Tidak Adil

Dalam membincangkan isu ini. Tetanya pengikut "Kesultanan" Sulu telah menyanggahi prinsip islam yang adil dalam menuntut sesuatu perkara. Islam mementingkan Protokol atau Procedur dalam mematuhi disiplin agama itu sendiri selagi tidak bertentangan dengan islam. Jika benar sekalipun Sabah kini merupakan hak Kesultanan sulu, kaedah untuk menuntutnya kembali bukanlah dengan mengangkat senjata mahupun menceroboh masuk. Tetapi fakta-fakta dan bukti hendaklah dikemukakan terlebih dahulu. 

Ketika pemerintahan Khalifah umar Bin Abdul Aziz. Qutaibah bin Muslim suatu ketika dahulu pernah merampas Samarkhand yang merupakan rakyatnya majoriti bukan beragama islam. Rampasan ini dilakukan setelah sedikit demi sedikit umat islam masuk ke negara tersebut  tanpa berdakwah atau memberi pilihan samada islam ataupun kufar. Setelah hal ini dibawa ke Khalifah Umar Abd Aziz, Khalifah telah menghantar surat kepada gabenor di sana supaya mengadili masalah tersebut dengan melantik seorang Qadi ( Hakim ). Setelah Berbincangan diadili, jelas keadilan berada di pihak rakyat samarkhan dan  umat isalm diminta keluar dari negara tersebut. Namun, keadilan dan kemurnian islam itu dilihat oleh rakyat smarkhand sepanjang pergaulan mereka dengan Muslim sehingga islam diterima pada kemudiannya.

Mati syahid

Berikutan ramai di kalangan penceroboh merupakan penganut Islam, kemungkinan penceroboh yang mati dikatakan Mati syahid disisi pihak mereka kerana mati dalam peperangan mempertahankan hak. Mungkin juga itulah sebab mengapa mereka berani untuk masuk dengan senjata dan menceroboh Sabah. Ini merupakan kefahaman islam yang sempit tanpa melihat situasi dan kepentingan agama yang lebih luas. 

Pasukan keselamatan yang telah terkorban akibat insiden tersebut telah diangkat sebagai wira dalam mempertahankan negara. sesetengah orang yang meninggal ketika solat dianggap mulia kerana mati dalam keadaan baik, begitulah juga mereka yang sedang mati dalam mempertahankan negara dan menjaga sempadan negara.  Jika bukan syahid, pahala syahid itu ada kerana pentingnya tanggungjawab mereka 
terhadap umat ini.

Allahyarham Insp. Zulkifli, antara yang terkorban ketika
 melaksanakan tugas dalam memastikan keselamatan negara.

Tentera Sulu "Kebal"

Gempar di media dan blog bahawa kononnya penceroboh mempunyai ilmu Kebal. Hal ini dinafikan oleh semua media berikutan jumlah kematian yang banyak dan penangkapan yang lebih daripada 80 orang. Penceroboh dikatakan menggunakan tangkal sebagai perlindung diri. Ini mendatangkan persoalan kepada kita mengenai islam yang mereka fahami. Rasulullah S.A.W. pernah Bersabda, :

“Barangsiapa yang menggantungkan tamimah ( Tangkal ) maka Allah tidak akan mengabulkan keinginannya, dan barangsiapa yang menggantungkan Wada’ah ( sesuatu yang diambil dari laut dijadikan tangkal ) maka Allah tidak akan memberikan ketenangan kepadanya” dan dalam riwayat yang lain Rasul bersabda: “Barangsiapa yang menggantungkan tamimah maka ia telah berbuat kemusyrikan”.

Riwayat Imam Ahmad. Dari Uqbah bin Amir, dalam hadits yang marfu’,

Semoga mereka memperoleh hidayah daripada allah...

p/s : ( Jika kekebalan bukan dari ilmu hitam, kita pinjam sekejap dan bawa pergi syria.

iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Isnin, 18 Februari 2013

PROGRAM IMAM BILAL 2013 Bersama Ustaz Zamri..Slot: "Kenapa Mesti Solat??"


iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>