Renungan Jumaat : Kita adalah LANGIT yang melindungi mereka... ~ Open Tahfiz Centre

Jumaat, 8 Julai 2011

Renungan Jumaat : Kita adalah LANGIT yang melindungi mereka...

Dalam kitab sejarah diceritakan bahawa Muawiyah b Abi Sufian r.a pernah memarahi anaknya Yazid. Kemudian dia mengadu kepada Ahnaf b Qais berkenaan cara mendidik anak-anak.


Ahnaf menjawab "Mereka adalah buah hati kita & tulang belakang kita. Kita adalah bumi yang terbentang bagi mereka dan langit untuk melindungi mereka. Jadi, jika mereka meminta sesuatu, berilah kepada mereka. Jika mereka marah atau sedih, pujuklah mereka."


"Sesungguhnya mereka sentiasa mengurniakan kepadamu hubungan baik dan mesra, mereka juga mengasihi kamu sedaya upaya mereka. Jangan sekali-kali memberatkan mereka, nescaya mereka akan jemu hidup bersamamu dan mengharapkan kematianmu..."

Comments
0 Comments

0 comments :

Catat Ulasan