Rasulullah sering menggunakan uslub yang bervariasi dalam menyampaikan mesej dakwah kepada para sahabat dan umat Baginda.Antara uslub tersebut adalah kiasan atau perumpamaan. Berikut adalah contoh kiasan yang digunakan sebagai sabdanya yang releven hingga kini.
- Orang yg berilmu diumpamakan dengan air mata yang mengairi sesebuah negeri. Ummah pasti mendapat manfaat daripada orang yg berilmu.
- Orang yg berjudi diibaratkan seperti berwuduk dengan nanah dan darah babi, lalu mengerjakan solat. Kemudian dia berangan-angan Allah akan menerima amalannya.
- Orang yang solat tetapi tidak sempurna rujuk dan sujudnya diibaratkan seperti orang yang sedang lapar tetapi tidak makan kecuali hanya satu atau 2 suap shja.
- Orang munafik yang membaca al-Quran ibarat rayhanah; berbau harum tetapi rasanya pahit. Manakala orang yang munafik dan tidak membaca al-Quran diibaratkan seperti buah hanzalah yang pahit rasanya dan langsung tidak wangi.
- Solat 5 waktu dikiaskan dengan seseorang yang mengalir di hadapan rumahnya sebatang sungai dan mandi 5 kali sehari sehingga tiada lagi daki-daki yang melekat dibadannya.
- Orang Mukmin yang paling mengasihi dan menyayangi kerana Allah ibarat 1 tubuh. Akibat sakit 1 bahagian, maka seluruh bahagian juga akan merasai sakit seperti tidak bermaya, tidak dapat tidur & sebagainya.
Majikan = Allah, Jamuan + syurga, Penyeru = Rasulullah.
sumber : Solusi..TQ!