- Kuda tidak boleh nampak bahagian depan hidungnya atau belakangnya. Memukul atau menepuk bahagian tersebut secara tiba-tiba akan membuatkannya terkejut. Jarak pandangannya tidak jelas seperti manusia, jadi apabila sesuatu bergerak secara tiba-tiba, sesetengah kuda mungkin melompat.
- Jangan berada di belakang atau didepan kuda kecuali jika anda diarahkan. Merangkak di bawah kepala atau perut kuda boleh menyebabkan anda ditendang atau dipijak kerana kebanyakan kuda tidak suka keadaan itu.
- Sesetengah orang lebih cenderung untuk menepuk kuda, tetapi kuda sebenarnya tidak suka perbuatan itu. Adalah lebih baik menggosok atau menyusapnya perlahan-lahan dan pastikan jangan menjerit pada haiwan tersebut, sebaliknya anda boleh bercakap dengan baik dan lembut.. =)
Petikan drpd Majalah Asuh... =)