Bahaya Qadiani ~ Open Tahfiz Centre

Rabu, 19 September 2012

Bahaya Qadiani

Jika sesiapa melalui jalan kampung nakhoda, akan kelihatan banyak papan tanda berwarna oren yang tertulis, QADIANI BUKAN AGAMA ISLAM. Bagi mereka yang baru, pasti tertanya-tanya mengenai istilah “QADIANI” yang seperti telah dikafirkan oleh papan tanda tersebut. Siapakah ini sebenarnya? Adakah sebuah golongan yang bahaya atau tidak?

Pada syawal baru ini, perkembangan yang pesat di sana menimbulkan seribu persoalan diminda masyarakt kampung nakhoda berikutan  jumlah pengunjung yang ramai berkumpul. Pakir di bahagian tepi jalan menjadi sesak dan terdapat rela dari kalangan mereka yang menjaga. Perkara ini amat membimbangkan semua pihak berikutan masalah aqidah yang semakin berleluasa tanpa ada usaha untuk menyekat ataupun menghalang.

            Qadiani merupakan sebuah fahaman agama yang bahaya dan khurafat lagi menyesatkan. Ia  telah di asaskan oleh MIRZA GHULAM AHMAD dilahirkan pada tahun 1839 di kampung Qadian dalam daerah Gurdaspur pada peringkat akhir pemerintahan Sikh di situ. Bapanya bernama Mirza Ghulam Murtaza bin Mirza Atta Muhammad. Dia berketurunan Borlas dari bangsa Moghul.  Dia mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari bangsa Parsi. Dia menyatakan keturunannya dipercayai berasal dari Samarkand, kemudian berpindah ke India dan menetap di Qadian.

             Mirza telah mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan (The Promised Messiah) pada tahun 1891 dan sebagai nabi Allah pada tahun 1901, maka ulama-ulama Islam mula menyerang dakwaannya itu. Antara mereka termasuklah Maulana Sana’ullah Amritsari, pengarang (penyunting) buku Ahli-Hadith.

              Pada 5hb. April, tahun 1907, Mirza dengan lantang menjawab dan mencabar Maulana Sana’ullah di atas tuduhannya itu. Antara lain Mirza berkata: “Jika saya ini pembohong dan penipu maka saya akan mati pada masa kau masih hidup kerana saya tahu bahawa hidup seorang pembohong itu tidak akan panjang; dia akan mati sebagai seorang yang gagal pada masa lawannya masih hidup. Tetapi jika saya bukan pembohong malah diutuskan Allah dan juga sebagai Al-Masih yang dijanjikan maka saya harap dengan kekuasaan Allah, kau tidak akan dapat lari balasan-Nya. Dengan itu, justeru balasan itu hanya di tangan Allah, maka penyakit yang mematikan manusia seperti taun tidak akan mengenakan kau selagi saya masih hidup sebagai bukti saya ini pembohong”.

             Tetapi setahun selepas itu iaitu pada 25hb. Mei 1908, Mirza jatuh sakit akibat penyakit ceret-beret di Lahore. Pada masa itu juga, beliau diserang penyakit taun. Pada keesokan harinya, 20hb. Mei, 1908, Mirza meninggal dunia.

QADIANI DI MALAYSIA

            Di negara kita sendiri, Qadiani berjaya menyusup masuk pada awal 1930-an di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor yang merupakan pusat aktiviti terbesar mereka. Penyebarnya yang pertama dipercayai adalah Maulana Husin Iyaz yang telah datang ke Singapura pada tahun 1935 dan pejabatnya ialah di No. 116, Unan Road, Singapura. Melalui pejabatnya ini, dia menyebarkan ajaran sesat Qadiani kepada orang ramai.

           Selepas Maulana Husin Iyaz, datang pula Maulana Mohd Sadiq bin Barakatullah pada 22hb Disember 1949 sebagai penyebarnya di sini. Pada 15 Disember 1953 telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para ‘alim ulama’ di hadapan DYMM Sultan Selangor, Hasil perbincangan itu memutuskan, golongan Qadiani tidak diiktiraf sebagai orang Islam, malah terkeluar dari Islam. Perkembangan mereka menjadi lumpuh ekoran daripada dialog tersebut. Kini hanya satu pusat yang masih bergerak aktif iaitu No. 11A, Jalan  Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda, Batu Caves Selangor (Berdekatan Dengan Open Tahfiz Centre). Pusat ini mengadakan aktiviti seperti solat Jumaat, perhimpunan antarabangsa dan penerbitan risalah.


JELAS KEKUFURAN MIRZA

1)    Penghinaan Mirza Ghulam Ahmad terhadap Nabi Muhammad
2)    Mendakwa sebagai jelmaan Nabi Muhammad
3)    Pengakuan sebagai Nabi Isa Alaihissalam dan penghinaan terhadap Baginda
4)    Mendakwa menerima wahyu setaraf dengan Al-Quran
5)    Mengkafirkan umat Islam yang tidak menurut ajarannya
6)    Menghapuskan jihad


FATWA PARA ULAMA TERHADAP AJARAN QADIANI

Liga Muslim Sedunia,  14hb – 18hb Rabiulawal 1394 H ( Bersamaan April 1974 ) MEKAH.
           
Qadianiah atau Ahmadiah merupakan suatu gerakan subversif yang
Menentang Islam dan Muslim sedunia. Ia, dengan penuh penipuan,
Mendakwa bahawa sebagai salah satu gerakan Islam. Bersembunyi di
Sebalik topeng Islam demi mencapai tujuan tertentu serta merancang
Untuk menghancurkan Islam daripada asasnya lagi.           

Qadiani hendaklah diisytiharkan sebagai bukan Muslim dan terkeluar daripada agama Islam. Mereka hendaklah turut ditegah daripada memasuki tanah suci Mekah dan Madinah.

Tidak boleh berurusan dengan pengikut-pengikut fahaman ini. Mereka hendaklah diboikot dari segi sosial, ekonomi dan budaya. Mereka tidak boleh bernikah dan dinikahi serta mayat mereka dilarang daripada ditanam di perkuburan Islam. Mereka hendaklah dilayan sebagai orang bukan Islam.


Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya yang ke-101 diadakan pada 18hb. Jun, 1975.

           
“Puak Qadianiah / Ahmadiah adalah puak yang terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam”.


Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Negeri Selangor 1989,

           
Ajaran Qadiani Adalah Satu Ajaran Yang Menyalahi Ajaran Islam Yang Sebenarnya. Pengikut-Pengikut Ajaran Qadiani Ini Telah Dihukumkan Kafir Oleh Ulama-Ulama Islam Serata Dunia.

Jabatan Agama Islam Selangor Telah Menghukumkan Kafir Kepada Pengikut-Pengikut Qadiani Yang Berpusat Di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor Pada 15 / 12 / 1953 Setelah Mereka Dibicarakan Di Istana Kuala Lumpur Di Hadapan D.Y.M.M Sultan Selangor Serta Beberapa Orang Alim Ulama Di Negeri Selangor Ini. Setiap Orang Yang
Telah Menjadi Penganut Ajaran Qadiani Adalah Telah Murtad (Keluar Dari Agama Islam). Maka Wajiblah Dituntut Mereka Bertaubat Kembali Kepada Islam Dengan Mengikrar Dua Kalimah Syahadah.

Orang-orang Islam adalah dilarang menjual, mengedar, membeli,
memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku-
buku berikut:

(a)        “Invitation to Ahmadiyah” oleh Hazrat Hj. Mirza
            Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II)

(b)        “Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah” oleh
Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah.

(c)        “Alam sebagai Saksi” oleh Mohamad Zain bin Hassan.

(d)        “The Holy Quran With English Translation And Commentary” (vol. II, Part I) oleh M. Mas’ud Ahmad


Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

          “Bahawa ajaran Ahmadiah atau Qadiani yang dibawa oleh Mirza Ghulam Ahmad adalah bukan  daripada    ajaran Islam dan orang-orang yang mengikut ajaran ini bukanlah orang Islam.”


Sumber : Awas! Qadiani Terkeluar Daripada Islam.. ( Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2008)

25 ulasan :

  1. Salam. sangat menarik sekiranya pihak Tahfiz Center mengatur program Muzakarah Terbuka, dan disaksikan oleh semua lapisan masyarakat. Muzakarah bukan mencari pemenang, tetapi memberi peluang kepada Tahfiz Center untuk menjelaskan secara terperinci tentang 'Qadiani', dan juga memberi peluang kepada Ahmadiah menjelaskan apa itu 'Qadiani'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu nak jelaskan lagi. Seluruh dunia dah kata Qardiani dan Ahmadiah tu murtad. Begitu juga kepercayaan Yardanisme, Zeroastarianisme, Bahai, New Islamic Country(USA) dimana orang tak Islam pon panggil mereka mereka ini bukan Islam. Di USA ada macam ugama baru sepertigion
      Christianity
      Christian Science
      Confucianism
      Conservative Judaism
      Divine Science
      Epicureanism
      Episcopalianism
      Germanic Heathenism
      Greco-Roman Religion
      Hare Krishna (ISKCON)
      Hasidic Judaism
      Hellenic Reconstructionism
      Hinduism
      Jainism
      Kemetic Reconstructionism
      Lutheranism
      Mahayana Buddhism
      Mayan Religion
      Mithraism
      Mormonism (LDS)
      Neopaganism
      New Thought
      Nichiren Buddhism
      Orthodox Christianity
      Orthodox Judaism
      Presbyterianism
      Protestantism
      Pure Land Buddhism
      Quakers
      Rastafari
      Religious Science
      Satanism
      Scientology
      Seventh-day Adventist
      Shaivism
      Shinto
      Sikhism
      Stoicism
      Tendai Buddhism
      Theravada Buddhism
      Taoism
      Tibetan Buddhism
      Umbanda
      Unification Church
      Unitarian Universalism
      Unity Church
      Vampirism
      Vaishnavism
      Voodoo
      Westboro Baptist Church
      Wicca
      Worldwide Church of God
      Zen
      Zoroastrainism




      Padam
    2. Seluruh dunia katamu,

      Tapi yang pasti bukan Allah dan Rasul yang mengatakannya.

      Padam
  2. Saya sebagai penduduk Kg Nakhoda tidak mahu ada pertikaian dengan mereka. Biarlah mereka dengar ajaran mereka. Yang penting kita jaga akidah kita dan kaum keluarga kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Islam menganjurkan mengajar dan menegah. Mesti ada dua benda ini. Berhati hati bila nak keluar sesuatu yang kena mengena dgn hukum

      Padam
    2. mana boleh biar kan mereka begitu saja. Mereka menghina ugama kita mengaku dia adalah jelmaan Nabi saw

      Padam
    3. Wahai Tanpa nama, kejujuran itu penting, saya boleh anggap kamu syiah sebab bertaqiyah (menyembunyikan nama), Bila masa pula Jemaat Ahmadiyah menghina ugama. Baca link ini kalau ada masa:

      http://barahinahmadi.blogspot.com/2014/01/kecintaan-maseeh-mauud-kepada.html

      Padam
  3. Mungkin signboard dirasakan memberi banyak manfaat oleh si PEMASANG dan yang berhubungan dengannya, tetapi, sedar tak sedar, ada beberapa kejadian, kerana mungkin pertama kali melihat signboard berwarna oren, lebih-lebih lagi tertulis istilah yang agak pelik baginya, ketika sedang memandu, motor dengan motor hampir sahaja bertembung kerana melihat tepi.

    Sebagai pengikut Jemaat Ahmadiyah, saya sendiri mengakui dan membenarkan apa yang tertulis QADIANI BUKAN AGAMA ISLAM, budak kecil dari pengikut Ahmadiyah pun setuju dengan apa yang tertulis, lain cerita kalau pengikut Jemaat Ahmadiyah mengaku beragama QADIANI, sedangkan Jemaat Ahmadiyah mengaku beragama ISLAM.

    Jadi, bukan saya meminta turunkan, tetapi mengajak berfikir, siapa sebenarnya rugi disebabkan pemasangan PAPAN TANDA ini?

    jika mahu, lebih baik buat muzakarah terbuka, jika tidak pun, seperti kata HARITZER RAMLY, jaga diri masing-masing.

    jangan jadi macam blog ISLAH PERLIS, main petik saja, tanpa mengkaji dalam-dalam tentang apa yang dia tulis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..dah tak payah buang masa. Nak berdebat dengan mufti mufti kami tok guru kami yang amal Sunni melalui Imam Shafei. Kalu berani jom.Bertaubat lah kamu

      Padam
    2. Yang buang masa ialah anda. kalau rasa ini buang masa tak perlu komen kat sini. jumpa je wakil dari Ahmadiyah itu sendiri. ini pun kebetulan saya jumpa komen anda tadi.

      yang perlu bertaubat ialah tukang fitnah. bukan orang yang difitnah.

      Padam
  4. memang Qadiani bukan agama Islam sebab tak pernah pula dengar ada golongan Qadiani,yang ada Syiah, Jemaat Ahmadiyah dan sebagainya yanga mengaku Islam. Kajilah sesuatu sebelum membuat sesuatu kenyataan. “Akan ada dalam umatku orang-orang yang kurang percaya diri, lalu manusia kembali kepada ulama mereka, ternyata mereka itu kera-kera dan babi-babi” (HR Al Hakim dalam Al Mustadrak dari Hazrat Abi Ummah r.a: dan Kanzul-Umal, Juz XIV/38727).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di dalam kitab Kristian ada diceritakan manusia yang ditukarkan menjadi babi dan kera(sila rujuk karangan Aoron John) kerana kesalahan mereka. Adakah ini yang dimaksudkan dalam kitab itu.

      Padam
    2. Kalau minat Kristianiti, marilah kita bincang tentang isu Nabi Isa sebagai anak Tuhan dan juga Isu Kewafatan Nabi Isa menurut Kitab Injil.

      lebih baik dari membuat fitnah. harus lebih profesional.

      Padam
  5. Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa memanggil dan menyebut seseorang kafir atau musuh Allah padahal sebenarnya bukan demikian, maka ucapannya itu akan kembali kepada orang yang mengatakan (menuduh) itu” (Bukhari). Sabda ini memperlihatkan betapa besarnya dosa tersebut dan ini merupakan kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian besar umat Islam kerana turut mempercayai fitnah-fitnah tersebut tanpa melakukan penyelidikan dan siasatan. Sabda suci ini juga memperlihatkan Islam amat menjaga keutuhannya dan tidak membenarkan sebarang bentuk perbezaan penafsiran dijadikan alasan untuk mengkafirkan kelompok Islam yang lain. Selagi umat Islam bermain isu keji ini maka selama itulah mereka akan menghadapi masalah dengan Allah swt. Berhati-hatilah kesilapan dan kelalaian ini boleh menjejaskan pengabulan doa-doa umat Islam yang kini dilanda pelbagai masalah dan musibah.

    BalasPadam
  6. Allah sahaja yang layak menentukan sama ada seseorang itu muslim atau kafir....

    BalasPadam
  7. Sebagai muslim yang mengamalkan amalan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi Muhammad saw, sebaiknya pihak Tahfiz mengambil pendekatan hujah dan dalil dengan pihak Qadiani/Ahmadiah Kampung Nakhoda ini. Islam tegak dengan hujah dan dalil.Wassalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://islahperlis.blogspot.com/2012/04/apa-yang-terjadi-kalau-berdialog-dengan.html

      Padam
    2. Kalau macam tu, diam ajalah, biarlah Ahmadiyah melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan.

      cuma, kalau nak berusaha menghapuskan Ahmadiyah, jangan sekali-kali dengan fitnah, itu yang akan menaikkan semangat Ahmadiyah melonjak tinggi untuk menyebarkan kebohongan fitnah itu.

      Padam
  8. https://www.youtube.com/watch?v=_GzQ8_-wDBw&feature=youtube_gdata_player

    Mari bantu ustaz azhar idrus buktikan kaabah qadiani di india....jika ini terbukti benar terkuburlah qadiani....tp jika sebaliknya...sendiri fikirlah

    BalasPadam
  9. Sedih. Fitnah belum dianggap sebagai fitnah.

    BalasPadam
  10. ahlusunnah kan ada ramai ulamak yg hebat2,kenapa tak jemput ulamak2 jamaat ahmadih tu mengadakan depat ,klu boleh biar secara langsung di TV,biar org lebih faham akan kesalahan2 kumpulan ini yg di kenali sebagai qadyani....isteri aku org kg nakhoda,bila aku baku balik ke san,sebelum sampai ke masjid kg nakhoda,di tepi simpang jln masuk kenakhoda tengah tu tersergam indah bangunan yg di beri nama baitulsalam.....

    BalasPadam
  11. ajaran ahmadiah ni sesat. laknat lah puak² sesat nih

    BalasPadam
  12. Syabas ...gerakan ahmadiah semakin menakluq dunia...menyebarkan kebenaran dan memusnahkan kebohongan...
    Semua ini adalah rahmat Allah

    BalasPadam