Islam Menolak Pencerobohan Yang Tidak Adil
Dalam membincangkan isu ini. Tetanya pengikut "Kesultanan" Sulu telah menyanggahi prinsip islam yang adil dalam menuntut sesuatu perkara. Islam mementingkan Protokol atau Procedur dalam mematuhi disiplin agama itu sendiri selagi tidak bertentangan dengan islam. Jika benar sekalipun Sabah kini merupakan hak Kesultanan sulu, kaedah untuk menuntutnya kembali bukanlah dengan mengangkat senjata mahupun menceroboh masuk. Tetapi fakta-fakta dan bukti hendaklah dikemukakan terlebih dahulu.
Ketika pemerintahan Khalifah umar Bin Abdul Aziz. Qutaibah bin Muslim suatu ketika dahulu pernah merampas Samarkhand yang merupakan rakyatnya majoriti bukan beragama islam. Rampasan ini dilakukan setelah sedikit demi sedikit umat islam masuk ke negara tersebut tanpa berdakwah atau memberi pilihan samada islam ataupun kufar. Setelah hal ini dibawa ke Khalifah Umar Abd Aziz, Khalifah telah menghantar surat kepada gabenor di sana supaya mengadili masalah tersebut dengan melantik seorang Qadi ( Hakim ). Setelah Berbincangan diadili, jelas keadilan berada di pihak rakyat samarkhan dan umat isalm diminta keluar dari negara tersebut. Namun, keadilan dan kemurnian islam itu dilihat oleh rakyat smarkhand sepanjang pergaulan mereka dengan Muslim sehingga islam diterima pada kemudiannya.
Mati syahid
Berikutan ramai di kalangan penceroboh merupakan penganut Islam, kemungkinan penceroboh yang mati dikatakan Mati syahid disisi pihak mereka kerana mati dalam peperangan mempertahankan hak. Mungkin juga itulah sebab mengapa mereka berani untuk masuk dengan senjata dan menceroboh Sabah. Ini merupakan kefahaman islam yang sempit tanpa melihat situasi dan kepentingan agama yang lebih luas.
Pasukan keselamatan yang telah terkorban akibat insiden tersebut telah diangkat sebagai wira dalam mempertahankan negara. sesetengah orang yang meninggal ketika solat dianggap mulia kerana mati dalam keadaan baik, begitulah juga mereka yang sedang mati dalam mempertahankan negara dan menjaga sempadan negara. Jika bukan syahid, pahala syahid itu ada kerana pentingnya tanggungjawab mereka
terhadap umat ini.
Allahyarham Insp. Zulkifli, antara yang terkorban ketika melaksanakan tugas dalam memastikan keselamatan negara. |
Tentera Sulu "Kebal"
Gempar di media dan blog bahawa kononnya penceroboh mempunyai ilmu Kebal. Hal ini dinafikan oleh semua media berikutan jumlah kematian yang banyak dan penangkapan yang lebih daripada 80 orang. Penceroboh dikatakan menggunakan tangkal sebagai perlindung diri. Ini mendatangkan persoalan kepada kita mengenai islam yang mereka fahami. Rasulullah S.A.W. pernah Bersabda, :
“Barangsiapa yang menggantungkan tamimah ( Tangkal ) maka Allah tidak akan mengabulkan keinginannya, dan barangsiapa yang menggantungkan Wada’ah ( sesuatu yang diambil dari laut dijadikan tangkal ) maka Allah tidak akan memberikan ketenangan kepadanya” dan dalam riwayat yang lain Rasul bersabda: “Barangsiapa yang menggantungkan tamimah maka ia telah berbuat kemusyrikan”.
Riwayat Imam Ahmad. Dari Uqbah bin Amir, dalam hadits yang marfu’,
Semoga mereka memperoleh hidayah daripada allah...
p/s : ( Jika kekebalan bukan dari ilmu hitam, kita pinjam sekejap dan bawa pergi syria. )