RIBA merupakan satu ancaman di dalam dunia ekonomi islam. Ia mendapat tentangan hebat daripada agama Islam kerana wujudnya salah laku dan penindasan dalam ekonomi.
Kebiasaanya, RIBA terjadi pada transaksi hutang yang mempunyai "bunga" atau interest yang diambil sebagai keuntungan bagi pinjaman tersebut. Perkara seperti ini telah diketahui umum kerana terdapat penindasan yang jelas dalam pinjaman tersebut. Namun, beberapa cabang riba masih lagi "tersembunyi" di celah-celahan ilmu tanpa medapat tempat di dada masyarakat.
Emas merupakan suatu barangan ribawi yang tanpa disangka terdapat beberapa hukum jual beli berbeza dengan barangan lain. Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2011 telah menggariskan beberapa parameter jual beli emas untuk panduan kepada masyarakat.
Kebiasaanya, RIBA terjadi pada transaksi hutang yang mempunyai "bunga" atau interest yang diambil sebagai keuntungan bagi pinjaman tersebut. Perkara seperti ini telah diketahui umum kerana terdapat penindasan yang jelas dalam pinjaman tersebut. Namun, beberapa cabang riba masih lagi "tersembunyi" di celah-celahan ilmu tanpa medapat tempat di dada masyarakat.
Emas merupakan suatu barangan ribawi yang tanpa disangka terdapat beberapa hukum jual beli berbeza dengan barangan lain. Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2011 telah menggariskan beberapa parameter jual beli emas untuk panduan kepada masyarakat.
Maklumat Lengkap : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas
Salah satu syarat yang tidak disedari adalah pembelian emas secara tertangguh (ansuran) kerana telah melanggar syarat "Lani" yang telah digariskan oleh Islam.
Petikan daipada Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2011.
Petikan daipada Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2011.
Syarat Kedua: Secara Lani
15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.
16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.
17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing housedan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.
Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:
Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:
i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.
ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.
iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.
iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.
Oleh itu, masyarakat hendaklah lebih berhati-hati dalam menjalankan aktiviti jual-beli emas atau "manipulasi emas.