Bolehkah orang bukan Muslim memanggil tuhan mereka dengan nama Allah??
Dalam ayat ini, apabila ditanya, golongan musyrikin pada
zaman nabi mengakui Tuhan yang mencipta langit dan bumi adalah Allah. Golongan
musyrikin tidak dilarang bagi mengatakan yang Maha Pencipta adalah Allah.
Secara dasarnya, kenyataan itu adalah benar. Justeru, Allah menyuruh nabi
berkata, “Alhamdulillah”.
Berhubung perkara ini, hamka berkata dalam tafsir al-Azhar, “
Mereka mengakui Tuhan hanya yang satu itu, maka disuruh nabi Muhammad
mengucapkan puji-pujian setinggi-tingginya kepada Tuhan, kerana titik terang
masih ada di dalam hati”.
Dasar kepercayaan kepada Tuhan masih ada. Cuma selama ini
dasar kepercayaan itu tertimbus dalam
kebodohan, kegelapan dan kepercayaan nenek moyang yang tidak diselidiki
kebenarannya. Oleh sebab itu, hujung ayat disebutkan, “…akan tetapi
kebanyakan mereka tidak mengetahui.”
Justeru, golongan bukan Islam tidak dilarang menggunakan
kalimat Allah kerana sememangnya Allah adalah Tuhan mereka. Namun, disebabkan
penggunaan kalimat itu tidak disertai kefahaman yang betul, mereka perlu
disedarkan mengenai siapa Allah yang sebenarnya.
petikan drpd Tuan bertanya, Dr. Danial menjawab mengenai persoalan Islam yg kontemporari.