Satu hari, akibat keletihan yang amat sangat, Sheikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu Subuh hampir tiba. Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Shiekh Abdul Qadir.
Shiekh Abd Qadir pun terbangun. Mujur waktu Subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya Shiekh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.
"Mengapa kau kejutkan aku solat Subuh, padahal kau amat benci kepada orang yang solat?"
"Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun Subuh," jawab syaitan.
Kehairanan, Shiekh Abd Qadir lalu bertanya, "Kenapa?"
Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.
"Aku takut jika kau terlewat untuk solat Subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yang lain yang lebih banyak dan lebih serius," kata syaitan itu.
Tambah syaitan itu lagi, "Kau akan bersedekah, kau akan membantu orang lain. Kau akan mengajar lebih lama. Kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawan akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar. Jadi, lebih baik kamu solat Subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti!!"