Jika sesiapa melalui jalan kampung nakhoda, akan
kelihatan banyak papan tanda berwarna oren yang tertulis, QADIANI BUKAN AGAMA
ISLAM. Bagi mereka yang baru, pasti tertanya-tanya mengenai istilah “QADIANI”
yang seperti telah dikafirkan oleh papan tanda tersebut. Siapakah ini
sebenarnya? Adakah sebuah golongan yang bahaya atau tidak?
Pada
syawal baru ini, perkembangan yang pesat di sana menimbulkan seribu
persoalan diminda masyarakt kampung nakhoda berikutan jumlah pengunjung
yang ramai berkumpul. Pakir di bahagian tepi jalan menjadi sesak dan
terdapat rela dari kalangan mereka yang menjaga. Perkara ini amat
membimbangkan semua pihak berikutan masalah aqidah yang semakin
berleluasa tanpa ada usaha untuk menyekat ataupun menghalang.
Qadiani merupakan
sebuah fahaman agama yang bahaya dan khurafat lagi menyesatkan. Ia telah di asaskan oleh MIRZA GHULAM AHMAD dilahirkan
pada tahun 1839 di kampung
Qadian dalam daerah Gurdaspur pada peringkat akhir pemerintahan Sikh di situ.
Bapanya bernama Mirza Ghulam Murtaza bin Mirza Atta Muhammad. Dia
berketurunan Borlas dari bangsa Moghul.
Dia mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari bangsa Parsi. Dia
menyatakan keturunannya dipercayai berasal dari Samarkand, kemudian berpindah
ke India dan menetap di Qadian.
Mirza telah mengisytiharkan dirinya sebagai
Al-Masih yang dijanjikan (The Promised Messiah) pada tahun 1891 dan sebagai
nabi Allah pada tahun 1901, maka ulama-ulama Islam mula menyerang dakwaannya
itu. Antara mereka termasuklah Maulana Sana’ullah Amritsari, pengarang
(penyunting) buku Ahli-Hadith.
Pada 5hb. April, tahun 1907, Mirza dengan lantang
menjawab dan mencabar Maulana Sana’ullah di atas tuduhannya itu. Antara lain
Mirza berkata: “Jika saya ini pembohong dan penipu maka saya akan mati pada
masa kau masih hidup kerana saya tahu bahawa hidup seorang pembohong itu tidak
akan panjang; dia akan mati sebagai seorang yang gagal pada masa lawannya masih
hidup. Tetapi jika saya bukan pembohong malah diutuskan Allah dan juga sebagai
Al-Masih yang dijanjikan maka saya harap dengan kekuasaan Allah, kau tidak akan
dapat lari balasan-Nya. Dengan itu, justeru balasan itu hanya di tangan Allah,
maka penyakit yang mematikan manusia seperti taun tidak akan mengenakan kau
selagi saya masih hidup sebagai bukti saya ini pembohong”.
Tetapi setahun selepas
itu iaitu pada 25hb. Mei 1908, Mirza jatuh sakit akibat penyakit ceret-beret di
Lahore. Pada masa itu juga, beliau diserang penyakit taun. Pada keesokan
harinya, 20hb. Mei, 1908, Mirza meninggal dunia.
QADIANI DI MALAYSIA
Di negara kita sendiri, Qadiani berjaya menyusup
masuk pada awal 1930-an di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor yang merupakan pusat
aktiviti terbesar mereka. Penyebarnya yang pertama dipercayai adalah Maulana
Husin Iyaz yang telah datang ke Singapura pada tahun 1935 dan pejabatnya ialah
di No. 116, Unan Road, Singapura. Melalui pejabatnya ini, dia menyebarkan
ajaran sesat Qadiani kepada orang ramai.
Selepas Maulana Husin Iyaz, datang pula Maulana
Mohd Sadiq bin Barakatullah pada 22hb Disember 1949 sebagai penyebarnya di
sini. Pada 15 Disember 1953 telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini
dengan para ‘alim ulama’ di hadapan DYMM Sultan Selangor, Hasil perbincangan
itu memutuskan, golongan Qadiani tidak diiktiraf sebagai orang Islam, malah
terkeluar dari Islam. Perkembangan mereka menjadi lumpuh ekoran daripada dialog
tersebut. Kini hanya satu pusat yang masih bergerak aktif iaitu No. 11A,
Jalan Nakhoda Kanan, Kampung
Nakhoda, Batu Caves Selangor (Berdekatan Dengan Open
Tahfiz Centre). Pusat ini mengadakan aktiviti seperti solat Jumaat,
perhimpunan antarabangsa dan penerbitan risalah.
JELAS KEKUFURAN MIRZA
1)
Penghinaan Mirza Ghulam Ahmad terhadap Nabi
Muhammad
2)
Mendakwa sebagai jelmaan Nabi Muhammad
3)
Pengakuan sebagai Nabi Isa Alaihissalam dan
penghinaan terhadap Baginda
4)
Mendakwa menerima wahyu setaraf dengan Al-Quran
5)
Mengkafirkan umat Islam yang tidak menurut
ajarannya
6)
Menghapuskan jihad
FATWA PARA ULAMA TERHADAP AJARAN QADIANI
Liga Muslim Sedunia, 14hb
– 18hb Rabiulawal 1394 H ( Bersamaan April 1974 ) MEKAH.
Qadianiah atau Ahmadiah merupakan suatu gerakan
subversif yang
Menentang Islam dan Muslim sedunia. Ia, dengan penuh penipuan,
Mendakwa bahawa sebagai salah satu gerakan
Islam. Bersembunyi di
Sebalik topeng Islam demi mencapai tujuan
tertentu serta merancang
Untuk menghancurkan
Islam daripada asasnya lagi.
Qadiani hendaklah diisytiharkan sebagai
bukan Muslim dan terkeluar daripada agama Islam. Mereka hendaklah turut ditegah
daripada memasuki tanah suci Mekah dan Madinah.
Tidak boleh berurusan dengan
pengikut-pengikut fahaman ini. Mereka hendaklah diboikot dari segi sosial,
ekonomi dan budaya. Mereka tidak boleh bernikah dan dinikahi serta mayat mereka
dilarang daripada ditanam di perkuburan Islam. Mereka hendaklah dilayan sebagai
orang bukan Islam.
Majlis Raja-Raja dalam
mesyuaratnya yang ke-101 diadakan pada 18hb. Jun, 1975.
“Puak Qadianiah / Ahmadiah adalah puak
yang terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang
Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam”.
Enakmen Pentadbiran
Perundangan Islam Negeri Selangor 1989,
Ajaran Qadiani Adalah Satu Ajaran Yang
Menyalahi Ajaran Islam Yang Sebenarnya. Pengikut-Pengikut Ajaran Qadiani Ini
Telah Dihukumkan Kafir Oleh Ulama-Ulama Islam Serata Dunia.
Jabatan Agama Islam Selangor Telah Menghukumkan
Kafir Kepada Pengikut-Pengikut Qadiani Yang Berpusat Di Batu 20 Jeram,
Kuala Selangor Pada 15 / 12 / 1953 Setelah Mereka Dibicarakan Di Istana Kuala
Lumpur Di Hadapan D.Y.M.M Sultan Selangor Serta Beberapa Orang Alim Ulama Di
Negeri Selangor Ini. Setiap Orang Yang
Telah Menjadi Penganut Ajaran Qadiani
Adalah Telah Murtad (Keluar Dari Agama Islam). Maka Wajiblah Dituntut Mereka
Bertaubat Kembali Kepada Islam Dengan Mengikrar Dua Kalimah Syahadah.
Orang-orang Islam adalah dilarang
menjual, mengedar, membeli,
memiliki atau memberi ceramah tentang isi
kandungan buku-
buku berikut:
(a) “Invitation
to Ahmadiyah” oleh Hazrat Hj. Mirza
Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih
II)
(b)
“Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah” oleh
Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah.
(c) “Alam
sebagai Saksi” oleh Mohamad Zain bin Hassan.
(d) “The Holy Quran
With English Translation And Commentary” (vol. II, Part I) oleh M. Mas’ud Ahmad
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1993
“Bahawa ajaran Ahmadiah atau Qadiani yang dibawa
oleh Mirza Ghulam Ahmad adalah bukan daripada ajaran Islam dan orang-orang yang
mengikut ajaran ini bukanlah orang Islam.”
Sumber : Awas! Qadiani Terkeluar Daripada Islam.. ( Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2008)
iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>