Ifthar & Pengisian Rohani di Open Tahfiz Centre ~ Open Tahfiz Centre

Selasa, 23 Ogos 2011

Ifthar & Pengisian Rohani di Open Tahfiz Centre

Alhamdulillah, telah 21 hari kita melalui bulan Ramadhan ini. Moga-moga kita terus menjalaninya dengan lebih bersungguh-sungguh dalam meningkatkan amalan dalam bulan ibadah ini. Syukur kepada Allah.. pada setiap Jumaat lepas, seperti biasa kami mengadakan majlis berbuka puasa yang mana ianya terbuka kepada semua muslim untuk sama-sama berkenalan dan mengeratkan silaturrahim... Alhamdulillah, sambutan adalah baik. Pada setiap Jumaat juga diadakan tazkirah. Dan yang paling bestnye, pengasas sendiri 'turun' dan menyampaikan tazkirah.
Bersama Pengasas I : Ustaz Dr. Mahmud
Pada minggu yang kedua, Ustaz Mahmud menyampaikan tazkirah berkenaan dengan Rasulullah dan kelebihan orang yang menghafal al-Quran. Kata beliau, orang yang menghafal al-Quran adalah orang 'kuat', kerana pada zaman Rasulullah, para mujahidin tergolong daripada golongan huffaz.Sesiapa yang ingin turut berperang haruslah orang yang menghafaz al-Quran & solat malam... Jadi orang yang menghafaz al-Quran diberi kepentingan sehingga mengangkat diri untuk menjadi seorang pejuang.. Subhanallah~
Pengasas II : Ustaz Zamri Tv9
Tiba giliran Ust Zamri pula untuk menyampaikan tazkirahnya pada hari Jumaat yang lalu. Antara intipati yang telah disampaikannya, beliau mengingatkan  berkenaan kematian. Sesungguhnya kita adalah hamba Allah yang bertuah kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan dan melaluinya. Maka, beliau berpesan agar memanfaatkannya sebaik mungkin seolah-olah Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita.



Comments
0 Comments

0 comments :

Catat Ulasan