~ Open Tahfiz Centre

Khamis, 25 Ogos 2011

Setelah genap 25 hari kita berpuasa dan Alhamdulillah, solat terawih masih dijalankan seperti biasa di Open Tahfiz Centre. Walaupun kehadiran tidak seperi hari-hari pengajian, tetapi kami tetap berbangga dengan pelajar-pelajar yang terus konsisten hadir menghidupkan malam-malam dengan mendirikan solat Isyak & terawih. 



Tahniah diucapkan kepada Imam Muda Farez, Aniq, Rusyaidi, Hadi, Aiman, Ahnaf dan Rusyaidi yang terus hadir untuk mengimarahkan surau Open Tahfiz Centre.



Semoga dengan taklifan yang di amanahkan ini menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab dan yang paling penting melatih para pelajar untuk menjadi imam (kehadapan) sekaligus mengaplikasikan surah-surah yang telah dihafaz.. ~

Comments
0 Comments

0 comments :

Catat Ulasan