Solat Cegah Kemungkaran ~ Open Tahfiz Centre

Selasa, 2 Ogos 2011

Solat Cegah Kemungkaran

"Buat apa nak solat kalau solat pun tak ikhlas?"
"Aku tak nak hipokrit solat-solat nih.."


Bait-bait ayat itulah yang sering kita dengar.
Erm...cuba kita fikir & renungkan. Macam mana nak ikhlas kalau kita tak solat? Macam mana tak hipokrit kalau kita tak solat??


Maka, solatlah. InsyaAllah. apabila kita solat, ia adalah jalan atau proses menuju ikhlas, menghilangkan rasa hipokrit. Percayalah.. solatlah dahulu, pasti yang lain akan menyusul. Setiap orang pasti ingin jadi baik dan ingin dikatakan baik walaupun dia adalah seorang yang jahat. Sebab apa? sebab hati kecil itu berkata-kata...


Hasil kajian membuktikan bahawa perbuatan meninggalkan solat dalam kalangan kanak-kanak berhubung kait dengan aktiviti jenayah. Allah juga telah berfirman dalam Surah al-Ankabut 29:45 yang bermaksud "Sesungguhnya solat mencegah daripada fahsya' dan mungkar"


Justeru, dengan solat kita cuba perbaiki sedikit demi sedikit. Mungkin pada mulanya dari segi lahiriah dan lama kelamaan perkemaskan menuju kekhusyukan. =) 


Pernah seorang sahabat datang kepada Rasulullah. Dia mengadu kepada Nabi s.a.w tentang keadaan seorang lelaki yang sentiasa solat tetapi suka mencuri. 
"Sesungguhnya ada seorang yang bersembahyang pada waktu malam dan waktu siangnya, dia mencuri"
Baginda menjawab " Sesungguhnya apa yang dibaca (dalam solat) itu akan mencegahnya."


Maka, yakinlah dan berusahalah untuk bersolat dan perbaiki solat kita kerana solat membentuk peribadi Muslim. Kita solat kerana Allah, kerana takutkanNya..


Percayalah, sesiapa yang istiqamah dalam menjalani proses ini, akan dimudahkan Allah untuk menjadi insan yang lebih baik kerana iainya sudah termaktub dalam janjiNya yang berbunyi "Dan orang yang berusaha berjuang kepada agama Kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami." 
(al-Ankabut 29:69)


Selamat menyambut Ramadhan Kareem dengan memanfaatkannya sebaik mungkin..~   ^_^



Comments
0 Comments

0 comments :

Catat Ulasan