Open Tahfiz Centre

IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 1435/2014

Ayuh sertai program korban dan aqiqah di negara yang minoriti muslim.

TAWAKKAL

Bertawakallah Tanpa Ingkari Sunnnatullah

Pengajian Fleksibel

Antara Kemudahan yang disediakan di Open Tahfiz Centre, Belajar Secara Personal Pada Bila-bila masa.

KEMANISAN IMAN

Indahnya Menperoleh Kemanisan Iman

Khamis, 14 Mac 2013

Insiden Lahad Datu : Bahana Memandang Islam Dalam Konsep Yang Sempit


Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan tragedi pencerobohan di Lahad Datu yang telah melibatkan hampir 10 orang pasukan keselamatan Malaysia terkorban dalam insiden terbabit. Penceroboh yang dikenali sebagai pengikut kesultanan sulu yang menetap di selatan Filipina, dikatakan ingin menuntut sabah yang kononnya merupakan tanah air mereka setelah diberikan oleh sultan brunei pada suatu ketika dulu. Perjuangan mempertahankan tanah air ini dilaungkan atas nama Islam dan rata-rata dari kalangan mereka merupakan penganut agama islam. Ini kemungkinan besar akan datang fitnah terhadap islam disebabkan insiden tersebut.

Islam Menolak Pencerobohan Yang Tidak Adil

Dalam membincangkan isu ini. Tetanya pengikut "Kesultanan" Sulu telah menyanggahi prinsip islam yang adil dalam menuntut sesuatu perkara. Islam mementingkan Protokol atau Procedur dalam mematuhi disiplin agama itu sendiri selagi tidak bertentangan dengan islam. Jika benar sekalipun Sabah kini merupakan hak Kesultanan sulu, kaedah untuk menuntutnya kembali bukanlah dengan mengangkat senjata mahupun menceroboh masuk. Tetapi fakta-fakta dan bukti hendaklah dikemukakan terlebih dahulu. 

Ketika pemerintahan Khalifah umar Bin Abdul Aziz. Qutaibah bin Muslim suatu ketika dahulu pernah merampas Samarkhand yang merupakan rakyatnya majoriti bukan beragama islam. Rampasan ini dilakukan setelah sedikit demi sedikit umat islam masuk ke negara tersebut  tanpa berdakwah atau memberi pilihan samada islam ataupun kufar. Setelah hal ini dibawa ke Khalifah Umar Abd Aziz, Khalifah telah menghantar surat kepada gabenor di sana supaya mengadili masalah tersebut dengan melantik seorang Qadi ( Hakim ). Setelah Berbincangan diadili, jelas keadilan berada di pihak rakyat samarkhan dan  umat isalm diminta keluar dari negara tersebut. Namun, keadilan dan kemurnian islam itu dilihat oleh rakyat smarkhand sepanjang pergaulan mereka dengan Muslim sehingga islam diterima pada kemudiannya.

Mati syahid

Berikutan ramai di kalangan penceroboh merupakan penganut Islam, kemungkinan penceroboh yang mati dikatakan Mati syahid disisi pihak mereka kerana mati dalam peperangan mempertahankan hak. Mungkin juga itulah sebab mengapa mereka berani untuk masuk dengan senjata dan menceroboh Sabah. Ini merupakan kefahaman islam yang sempit tanpa melihat situasi dan kepentingan agama yang lebih luas. 

Pasukan keselamatan yang telah terkorban akibat insiden tersebut telah diangkat sebagai wira dalam mempertahankan negara. sesetengah orang yang meninggal ketika solat dianggap mulia kerana mati dalam keadaan baik, begitulah juga mereka yang sedang mati dalam mempertahankan negara dan menjaga sempadan negara.  Jika bukan syahid, pahala syahid itu ada kerana pentingnya tanggungjawab mereka 
terhadap umat ini.

Allahyarham Insp. Zulkifli, antara yang terkorban ketika
 melaksanakan tugas dalam memastikan keselamatan negara.

Tentera Sulu "Kebal"

Gempar di media dan blog bahawa kononnya penceroboh mempunyai ilmu Kebal. Hal ini dinafikan oleh semua media berikutan jumlah kematian yang banyak dan penangkapan yang lebih daripada 80 orang. Penceroboh dikatakan menggunakan tangkal sebagai perlindung diri. Ini mendatangkan persoalan kepada kita mengenai islam yang mereka fahami. Rasulullah S.A.W. pernah Bersabda, :

“Barangsiapa yang menggantungkan tamimah ( Tangkal ) maka Allah tidak akan mengabulkan keinginannya, dan barangsiapa yang menggantungkan Wada’ah ( sesuatu yang diambil dari laut dijadikan tangkal ) maka Allah tidak akan memberikan ketenangan kepadanya” dan dalam riwayat yang lain Rasul bersabda: “Barangsiapa yang menggantungkan tamimah maka ia telah berbuat kemusyrikan”.

Riwayat Imam Ahmad. Dari Uqbah bin Amir, dalam hadits yang marfu’,

Semoga mereka memperoleh hidayah daripada allah...

p/s : ( Jika kekebalan bukan dari ilmu hitam, kita pinjam sekejap dan bawa pergi syria. ) 

iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Isnin, 18 Februari 2013

PROGRAM IMAM BILAL 2013 Bersama Ustaz Zamri..Slot: "Kenapa Mesti Solat??"


iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Jumaat, 25 Januari 2013

Download Kalendar 2013M / 1435H

Selamat Tahun baru 2013..

Click pada link di bawah untuk download Kalendar opentahfiz centre 2013M / 1434H

iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Khamis, 13 Disember 2012

Jawatan Kosong


iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Rabu, 19 September 2012

Bahaya Qadiani

Jika sesiapa melalui jalan kampung nakhoda, akan kelihatan banyak papan tanda berwarna oren yang tertulis, QADIANI BUKAN AGAMA ISLAM. Bagi mereka yang baru, pasti tertanya-tanya mengenai istilah “QADIANI” yang seperti telah dikafirkan oleh papan tanda tersebut. Siapakah ini sebenarnya? Adakah sebuah golongan yang bahaya atau tidak?

Pada syawal baru ini, perkembangan yang pesat di sana menimbulkan seribu persoalan diminda masyarakt kampung nakhoda berikutan  jumlah pengunjung yang ramai berkumpul. Pakir di bahagian tepi jalan menjadi sesak dan terdapat rela dari kalangan mereka yang menjaga. Perkara ini amat membimbangkan semua pihak berikutan masalah aqidah yang semakin berleluasa tanpa ada usaha untuk menyekat ataupun menghalang.

            Qadiani merupakan sebuah fahaman agama yang bahaya dan khurafat lagi menyesatkan. Ia  telah di asaskan oleh MIRZA GHULAM AHMAD dilahirkan pada tahun 1839 di kampung Qadian dalam daerah Gurdaspur pada peringkat akhir pemerintahan Sikh di situ. Bapanya bernama Mirza Ghulam Murtaza bin Mirza Atta Muhammad. Dia berketurunan Borlas dari bangsa Moghul.  Dia mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari bangsa Parsi. Dia menyatakan keturunannya dipercayai berasal dari Samarkand, kemudian berpindah ke India dan menetap di Qadian.

             Mirza telah mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan (The Promised Messiah) pada tahun 1891 dan sebagai nabi Allah pada tahun 1901, maka ulama-ulama Islam mula menyerang dakwaannya itu. Antara mereka termasuklah Maulana Sana’ullah Amritsari, pengarang (penyunting) buku Ahli-Hadith.

              Pada 5hb. April, tahun 1907, Mirza dengan lantang menjawab dan mencabar Maulana Sana’ullah di atas tuduhannya itu. Antara lain Mirza berkata: “Jika saya ini pembohong dan penipu maka saya akan mati pada masa kau masih hidup kerana saya tahu bahawa hidup seorang pembohong itu tidak akan panjang; dia akan mati sebagai seorang yang gagal pada masa lawannya masih hidup. Tetapi jika saya bukan pembohong malah diutuskan Allah dan juga sebagai Al-Masih yang dijanjikan maka saya harap dengan kekuasaan Allah, kau tidak akan dapat lari balasan-Nya. Dengan itu, justeru balasan itu hanya di tangan Allah, maka penyakit yang mematikan manusia seperti taun tidak akan mengenakan kau selagi saya masih hidup sebagai bukti saya ini pembohong”.

             Tetapi setahun selepas itu iaitu pada 25hb. Mei 1908, Mirza jatuh sakit akibat penyakit ceret-beret di Lahore. Pada masa itu juga, beliau diserang penyakit taun. Pada keesokan harinya, 20hb. Mei, 1908, Mirza meninggal dunia.

QADIANI DI MALAYSIA

            Di negara kita sendiri, Qadiani berjaya menyusup masuk pada awal 1930-an di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor yang merupakan pusat aktiviti terbesar mereka. Penyebarnya yang pertama dipercayai adalah Maulana Husin Iyaz yang telah datang ke Singapura pada tahun 1935 dan pejabatnya ialah di No. 116, Unan Road, Singapura. Melalui pejabatnya ini, dia menyebarkan ajaran sesat Qadiani kepada orang ramai.

           Selepas Maulana Husin Iyaz, datang pula Maulana Mohd Sadiq bin Barakatullah pada 22hb Disember 1949 sebagai penyebarnya di sini. Pada 15 Disember 1953 telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para ‘alim ulama’ di hadapan DYMM Sultan Selangor, Hasil perbincangan itu memutuskan, golongan Qadiani tidak diiktiraf sebagai orang Islam, malah terkeluar dari Islam. Perkembangan mereka menjadi lumpuh ekoran daripada dialog tersebut. Kini hanya satu pusat yang masih bergerak aktif iaitu No. 11A, Jalan  Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda, Batu Caves Selangor (Berdekatan Dengan Open Tahfiz Centre). Pusat ini mengadakan aktiviti seperti solat Jumaat, perhimpunan antarabangsa dan penerbitan risalah.


JELAS KEKUFURAN MIRZA

1)    Penghinaan Mirza Ghulam Ahmad terhadap Nabi Muhammad
2)    Mendakwa sebagai jelmaan Nabi Muhammad
3)    Pengakuan sebagai Nabi Isa Alaihissalam dan penghinaan terhadap Baginda
4)    Mendakwa menerima wahyu setaraf dengan Al-Quran
5)    Mengkafirkan umat Islam yang tidak menurut ajarannya
6)    Menghapuskan jihad


FATWA PARA ULAMA TERHADAP AJARAN QADIANI

Liga Muslim Sedunia,  14hb – 18hb Rabiulawal 1394 H ( Bersamaan April 1974 ) MEKAH.
           
Qadianiah atau Ahmadiah merupakan suatu gerakan subversif yang
Menentang Islam dan Muslim sedunia. Ia, dengan penuh penipuan,
Mendakwa bahawa sebagai salah satu gerakan Islam. Bersembunyi di
Sebalik topeng Islam demi mencapai tujuan tertentu serta merancang
Untuk menghancurkan Islam daripada asasnya lagi.           

Qadiani hendaklah diisytiharkan sebagai bukan Muslim dan terkeluar daripada agama Islam. Mereka hendaklah turut ditegah daripada memasuki tanah suci Mekah dan Madinah.

Tidak boleh berurusan dengan pengikut-pengikut fahaman ini. Mereka hendaklah diboikot dari segi sosial, ekonomi dan budaya. Mereka tidak boleh bernikah dan dinikahi serta mayat mereka dilarang daripada ditanam di perkuburan Islam. Mereka hendaklah dilayan sebagai orang bukan Islam.


Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya yang ke-101 diadakan pada 18hb. Jun, 1975.

           
“Puak Qadianiah / Ahmadiah adalah puak yang terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam”.


Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Negeri Selangor 1989,

           
Ajaran Qadiani Adalah Satu Ajaran Yang Menyalahi Ajaran Islam Yang Sebenarnya. Pengikut-Pengikut Ajaran Qadiani Ini Telah Dihukumkan Kafir Oleh Ulama-Ulama Islam Serata Dunia.

Jabatan Agama Islam Selangor Telah Menghukumkan Kafir Kepada Pengikut-Pengikut Qadiani Yang Berpusat Di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor Pada 15 / 12 / 1953 Setelah Mereka Dibicarakan Di Istana Kuala Lumpur Di Hadapan D.Y.M.M Sultan Selangor Serta Beberapa Orang Alim Ulama Di Negeri Selangor Ini. Setiap Orang Yang
Telah Menjadi Penganut Ajaran Qadiani Adalah Telah Murtad (Keluar Dari Agama Islam). Maka Wajiblah Dituntut Mereka Bertaubat Kembali Kepada Islam Dengan Mengikrar Dua Kalimah Syahadah.

Orang-orang Islam adalah dilarang menjual, mengedar, membeli,
memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku-
buku berikut:

(a)        “Invitation to Ahmadiyah” oleh Hazrat Hj. Mirza
            Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II)

(b)        “Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah” oleh
Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah.

(c)        “Alam sebagai Saksi” oleh Mohamad Zain bin Hassan.

(d)        “The Holy Quran With English Translation And Commentary” (vol. II, Part I) oleh M. Mas’ud Ahmad


Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993

          “Bahawa ajaran Ahmadiah atau Qadiani yang dibawa oleh Mirza Ghulam Ahmad adalah bukan  daripada    ajaran Islam dan orang-orang yang mengikut ajaran ini bukanlah orang Islam.”


Sumber : Awas! Qadiani Terkeluar Daripada Islam.. ( Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 2008)
iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Rabu, 1 Ogos 2012

Solat Tarawih di Open Tahfiz Centre

Alhamdulillah..
Kita sudah masuk ke fasa ke-2 Ramadhan. Mudah-mudahan puasa kita bertambah mantap di samping ibadah2 yang dilaksanakan.
Seperti yg diketahui, Open Tahfiz Centre juga mengadakan solat tarawih berjemaah sepanjang Ramadhan yang diimami oleh para pelajar kami sendiri. pada waktu inilah mereka akan menonjolkan bakat mereka untuk membaca surah-surah hafazan mereka. Walaupun kadang-kala terlupa, tahniah diucapkan kerana berani mencuba!! Dan sepanjang 10 hari ini, Alhamdulillah... semua berjalan dengan keadaan yang baik. iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Jumaat, 22 Jun 2012

Rebet Cukai Zakat & Derma!!

Assalamualaikum..

Kini anda boleh menikmati rebet cukai dengan pembayaran zakat atau derma kepada Open Tahfiz Centre.
Caranya mudah saja.
1. Anda boleh datang ke pejabat Open Tahfiz Centre sendiri atau bank in / transfer fund sejumlah wang yang anda mahukan.
2. Sertakan bersama resit/bukti pemindahan tersebut sama ada melalui email, fax atau pos. 
3. Setelah kami terima, kami akan email atau pos surat untuk anda buktikan kepada LHDN.
Terima Kasih.. =)





iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Jumaat, 15 Jun 2012

HUKUM DASAR SYARIAT ISLAM

Segala pertururan, perlakuan, gerak hati, soal-soal ibadah, muamalah (jual beli), berkeluarga, bermasyarakat dan segala macam aktiviti insan muslim harus mengambil kira hukum-hukum syariat berikut :


 > HUKUM HALAL
Sesuatu yang dibolehkan (tidak berdosa) memakai, memakan atau mengerjakannya setelah ada pengesahan (sah) menurut syarak.


>HUKUM HARAM
Sesuatu yang diberi pahala apabila meninggalkannya dan berdosa apabila mengerjakannya di sisi syarak. Hukum ini berlawanan dengan halal.
Antara makanan atau minuman yang haram ialah daging babi, arak dan sebagainya. Di samping itu, Islam juga menetapkan supaya kita menjauhi perbuatan-perbuatan haram seperti seperti memakan harta anak yatim, bertenung nasib, bergaul bebas lelaki dan wanita yang bukan mahram, berjudi, membuka aurat & lain-lain.


>HUKUM WAJIB
Sesuatu yang diberi pahala apabila mengerjakannya dan berdosa apabila meninggalkannya. Contohnya, solat 5 waktu, puasa bulan Ramadhan dan sebagainya.


>HUKUM SUNAT
Sesuatu yang diberi pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya. Cthnya, solat sunat, sedekah dll. Amalan-amalan sunat ini merupakan amalan tambahan atau sokongan untuk menampung mana-mana kekurangan dalam ibadat wajib yang kurang sempurna.


>HUKUM MAKRUH
Sesuatu amalan yang diberi pahala jika ditinggalkan dan tidak berdosa apabila dilakukan. Makruh seperti amalan makanan yang berbau seperti bawang mentah, petai dan segala makanan yang menyebabkan mulut berbau busuk sehingga mengganggu jemaah lain dalam solat juga dikira makruh.
Ibadat seperti solat yang dilakukan pada waktu-waktu yang tidak digalakkan adalah makruh seperti waktu gelincir, terbit & juga tenggelam matahari.


>HUKUM HARUS
Sesuatu amalan yang tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila meninggalkannya seperti makan, bersiar-siar dan sebagainya.


> HUKUM SAH
Sesuatu amalan yang cukup rukun dan sempurna mengikut syarak.Contonya, antara syarat sah solat adalah suci daripada hadas kecil dan besar.


>HUKUM BATAL
Sesuatu amalan yang tidak cukup rukun dan syaratnya menurut syarak. Contohnya solat akan batal sekiranya bergerak 3 kali berturut-turut.

iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>