Guru vs Ibu Bapa... siri 1 =) ~ Open Tahfiz Centre

Ahad, 12 Jun 2011

Guru vs Ibu Bapa... siri 1 =)

Entri ini bukanlah perlawanan antara ibu bapa dan guru oleh kerana terdapat perkataan ‘vs’ tetapi adalah ‘persaingan bersama'  ibu bapa & guru untuk seiring melangkah menjadikan ummat Rasulullah umat yang unggul. Hanya pandangan saya, hasil daripada sedikit pembacaan dan pemerhatian. Suka dengan penyataan yang menyatakan “ Guru adalah ibubapa kedua di sekolah dan ibubapa adalah guru kedua di rumah”…

Walau bagaimanapun, kedua-duanya berperanan besar untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan bertaqwa. Sebelum anak-anak ke sekolah, ibu bapalah yang menjadi guru pertama di rumah. Jangan dipandang enteng sifat yang ditonjolkan kepada anak-anak kerana pada usia mereka yang kecil, ibu bapalah idola mereka.

Guru~
Guru di sekolah bukan hanya mengajar tentang mata pelajaran tertentu sahaja, tetapi juga sebagai pendidik yang turut sama membantu ibu bapa membina akhlak & aqidah yang utuh. Jadi, tidak boleh timbul kata-kata yang dikeluarkan oleh guru “ala..lantak la budak ni, bukan anak aku pun…”

Kalaulah kata-kata ini dikeluarkan oleh beratus-ratus orang guru, malah beribu-ribu, apa yang akan jadi pada ummah akan datang?? Dan jika difikirkan, barang kali anak-anak murid yang kita mengajar sekarang akan menjadi guru pada masa akan datang dan melakukan perkara yang sama pada anak-anak kita. Tidak menghiraukan pelajar, tidak kisah dengan apa pelajar lakukan dan sama sekali tidak cuba untuk memperbaiki akhlak mereka.

Oleh sebab itu, setiap pembelajaran yang dijalankan perlu dikaitkan dengan kebesaran Allah supaya setiap apa yang akan dilakukan oleh anak-anak akan disandarkan kepada Allah. Bukan sahaja mata pelajaran Pendidikan Islam, tetapi mata pelajaran lain seperti Sains, Matematik dan Pendidikan Seni sekalipun. Perkara ini perlu dibiasakan seawal usia kanak-kanak sejak mereka mula ke tadika. InsyaAllah, sekiranya perkara ini dititik beratkan oleh guru-guru sejak awal, akan berkurang masalah sosial dan moral di kalangan pelajar-pelajar terutama remaja kerana pelajar takut untuk melakukan kesalahan bukan kerana dimarahi guru, tetapi kerana ianya dilihat dan perbuatan itu dimurkai Allah.

Sampai di sini saje, tunggu pada entri akan datang…~  ;)

Comments
0 Comments

0 comments :

Catat Ulasan