Majlis Perasmian Open Tahfiz Centre =) ~ Open Tahfiz Centre

Khamis, 16 Jun 2011

Majlis Perasmian Open Tahfiz Centre =)


Alhamdulillah... pada 14 Jun baru-baru ni, Open Tahfiz Centre telah dihangatkan dengan kehadiran Presiden PAS, siapa lagi kalau bukan YAB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang ke markaz Open Tahfiz Centre utk menyempurnakan perasmian Open Tahfiz Centre. Dalam masa yang singkat, majlis ini berjalan lancar. ^_^

Ucapan alu-aluan drpd Pengasas II OTC, Ust Zamri Zainuldin

Ucapan serta amanat drpd TG Hadi

Teringat sewaktu ucapan Tuan Guru, beliau menyatakan tentang ganjaran bagi sesiapa yang melazimi al-Quran, beramal dengannya dan benar2 menghayati isi kandungan al-Quran tersebut.Beliau juga mengingatkan kita sekiranya kita susah, gagap utk membaca al-Quran, di situ tersirat begitu banyak pahala disebabkan gagap serta usahanya utk membaca ayat-ayat suci Allah s.w.t. Huh.. bila Tuan Guru ckp mcm tu, rasa bersemangat utk membaca al-Quran sambil berusaha memperbaiki cara bacaan serta bertadabbur utk lebih memahami & mencintai setiap bait firman Allah yg telah diturunkan...~ 
Jom sama2 kita membacanya serta memperbaikinya.... ^_^

Comments
0 Comments

0 comments :

Catat Ulasan