Kisah utk Renungan Jumaat =) ~ Open Tahfiz Centre

Jumaat, 17 Jun 2011

Kisah utk Renungan Jumaat =)

Ketika Khalifah Harun al-Rasyid, khalifah Bani Abbasiah menunaikan haji, bertemu dgn Aziz Al-Umari yg bertanyakan kepadanya,
" Kamu lihat manusia yang berkumpul di Baitullah?"
" Ya!" jawab Harun.
Al-'Umari bertanya lagi, "Berapakah jumlah mereka?"
Harun menjawab, "Tidak terhitung."
Al-'Umari berkata, "Ketahuilah, wahai khalifah, setiap mereka kelak akan ditanya tentang diri mereka sendiri. Tetapi kamu akan ditanyakan tentang mereka semua"
Mendengar ucapan ini, Khalifah Harun al-Rasyid menangis tersedu-sedu.

Astaghfirullah... peringatan utk setiap manusia terutama pemimpin2 besar. tp, bkn pemimpin besar2 shj yg perlu beringat-ingat, malah setiap orang kerana setiap org adalah pemimpin (khalifah). Pemimpin rumah tangga, pemimpin keluarga, pemimpin negara, pemimpin persatuan, pemimpin sekolah, pemimpin di tempat kerja dll... MasyaAllah~

Comments
0 Comments

0 comments :

Catat Ulasan