FAEDAH SURAH AL-QADR ~ Open Tahfiz Centre

Isnin, 23 April 2012

FAEDAH SURAH AL-QADR


FAEDAH SURAH AL-QADR
1.      Dibaca Sekali
Ø  Selepas setiap solat fardhu akan dijauhkan dari kebimbangan dan kesedihan, diwariskan keberkatan pada rumah tersebut.
Ø  Siapa yang menulis pada suatu bekas dan dipadam dengan air kemudian diberi minum kepada anaknya nescaya tidak akan Fasiq.

2.      Dibaca Tujuh Kali
Ø  Selepas Isya’ yang hampir dengan subuh, terpelihara dari bala’ yang akan turun[1], dan akan meminta ampun kepada Allah oleh Malaikat kepada pembaca.
Ø  Siapa yang membaca terhadap apa yang dihajati (diingini) akan dikembalikan dalam keadaan gembira.
Ø  Siapa yang membaca untuk sesuatu hajat akan ditunaikannya.
Ø  Ketika belayar tidak akan ditenggelamkan, terjatuh kedalam air.
Ø  Begitu juga kepada pengguna kenderaan, sekiranya dibaca tidak akan jatuh atau terkeluar darinya.
Ø  Siapa yang dahaga dan membaca surah ini nescaya akan diberi oleh Allah tanpa terhitung banyaknya.

3.      Dibaca Sepuluh Kali
Ø  Siapa yang membaca ketika hendak bermusafir akan dikembalikan kepada keluarganya dengan selamat.

4.      Dibaca Sebelas Kali
Ø  Dibaca ketika hendak tidur, diminta ampun bagi pembacanya oleh tujuh puluh ribu orang Malaikat sampai subuh.

5.      Dibaca Dua Puluh Satu Kali
Ø  Siapa yang membaca ketika pagi dan petang sebanyak Dua Puluh Satu Kali akan melihat Nabi S.A.W..
Ø  Jika dibaca selepas solat Jumaat akan dijelaskan hutang piutangnya tanpa terhitung.
Ø  Jika dibaca kepada orang yang sakit tenat tidak akan dimatikan sebelum dia diperlihatkan tempatnya didalam syurga.
Ø  Jika dibaca kepada telinga Hamba dan binatang ternakan akan dipelihara oleh Allah.

6.      Dibaca Tiga Puluh Enam Kali
Ø  Pada air kemudian direnjiskan kepada pakaian baru, nescaya akan diluaskan rezekinya selama mana digunakan.

Diterjemah oleh :
‘IBADULR-RAHMAN BIN MHD RUSDI ALMALIZI, ATTARIMI.
Dipetik dari Kitab :
AL-IMAM AL-‘ALLAMAH ALSAYYID AL SYARIF ALMUHADDITH MUHAMMAD BIN ALI KHIRID AL’ALAWI ALHUSAINI ALTARIMI.
AL-WASIL AS-SYAFIEYAH
FI AL-AZKAR ALNAFIAH, WAL AURAD AL-JAMIAH, WAASTHIMAR AL-YANI’AH, WA AL-HUJUB AL-HARIRAH AL-MANI’AH AN AL-NABIYYI S.A.W.
21 Mac 2012 M
29 Rabi’ul Akhir 1433 H



[1] Disebut didalam kitab Ghayah Al-Murtah.

Comments
0 Comments

0 comments :

Catat Ulasan