Maghfirah Allah ~ Open Tahfiz Centre

Selasa, 24 April 2012

Maghfirah Allah


Maghfirah Allah
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
أما بعد :
Bersyukur kita kepada Allah kerana masih member kesempatan kepada kita untuk merebut peluang pada suku masa kedua iaitu “مغفرة” , adakah kita akan mendapat pengampunan dari Allah. Seperti Kata Jibril A.S. Kepada Nabi S.A.W. :

من أدرك رمضان فلم يغفر له, أبعد الله. قل آمين. فقال الرسول صلى الله عليه وسلم : آمين.[1]

Ertinya : Siapa yang Menemui Bulan Ramadhan sedang ia tiada diampuni Allah, nescaya ia Akan dijauhi rahmatnya. Katakanlah Amin! Maka Rasulullah pun berkata Amin.

Mari kita selidiki perkara tersebut, bagaimana kita mengharunginya sepanjang Ramadhan ini.
1.     Nafsu
2.     Anggota badan (Mulut, Lidah, Telinga, Mata, Tangan, Kaki, Hidung, Hati).
3.     Ibadah (Solat Wajib, Sunat, Qiamullail, Membaca Al-Quran, Doa).
4.     Harta (Infaq atau membazir, Zakat, dan sebagainya)
5.     Muamalah ( Hubungan dengan Manusia yang lain).

Masa yang tinggal ini kita rebut dan bersungguh-sungguh melakukannya, jangan memberi kepada orang lain atau tergolong dalam golongan yang rugi dan menyesal. Semoga Ramadhan ini yang terbaik. Amin.



[1] Syeikh al-Islam Al-Hujjat Al-Imam Al-Syed Abdullah Bin Alwi Al-Haddad Al-Hadrami Al-Syafie(2010), Nasihat Agama Dan Wasiat Iman, Pustaka Nasional Singapura, m/s 194.

Comments
0 Comments

0 comments :

Catat Ulasan