MULA MENGAJAR ANAK SOLAT ~ Open Tahfiz Centre

Rabu, 18 April 2012

MULA MENGAJAR ANAK SOLAT

Usia ketika anak-anak Mula Belajar Solat.
       
       Seorang penulis buku Islam pernah berkata,"Saya mengetahui tentang Islam setelah menyaksikan ibu saya berwuduk, solat dan berpuasa.Contoh yang baik dari ibu itulah yang menanamkan perasaan paling dalam pada diri saya dan mendorong saya untuk mencintai solat dan puasa. Sebagaimana saya tahu bahawa zikir, solat dan puasa serta pelbagai perkataan dan perbuatan yang saya dengar dan saksikan dari ibu saya telah memberikan dorongan fitriah dari dalam jiwa saya untuk mencintai ibadah”.


Pernah sahabat bertanyakan kepada Rasulullah tentang bilakah waktu mula mengajar anak solat. Rasulullah menjawab “ Jika seorang anak sudah dapat membezakan antara arah kanan dan kiri, suruhlah dia supaya menunaikan solat.” (HR. Abu Daud)

Nabi s.a.w juga member had umur  disuruhnya anak-anak kecil menunaikan solat, kerana umur sebelum itu merupakan masa meniru kedua ibu bapa mereka dan usaha menjadikan mereka mencintai solat. Al-Hakim meriwayatkan dari Abdullah bin Amru b Ash bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Perintahkan anak-anak kamu supaya menunaikan solat ketika mereka telah berumur 7 tahun dan pukullah mereka (jija tidak mahu menunaikannya) ketika mereka berumur 10 tahun. Pisahkanlah juga tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)."

(petikan drpd  buku Mengajar Anak Mudah Solat)

Pokok utamanya adalah bermula daripada ibu bapa kerana mereka akan mencontohi orang yang dekat dengan mereka. Ajarlah dengan, tutur kata yang lembut dan memujuk tentang kehebatan solat dan ajari mereka secara formal tentang wuduk, bacaan dalam solat ketika mereka berusia 5 atau 6 tahun. Saya pasti, anak-anak akan lebih cepat faham sekiranya ia di sertakan dengan perbuatan daripada ibu bapanya.

Comments
0 Comments

0 comments :

Catat Ulasan