Open Tahfiz Centre

IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 1435/2014

Ayuh sertai program korban dan aqiqah di negara yang minoriti muslim.

TAWAKKAL

Bertawakallah Tanpa Ingkari Sunnnatullah

Pengajian Fleksibel

Antara Kemudahan yang disediakan di Open Tahfiz Centre, Belajar Secara Personal Pada Bila-bila masa.

KEMANISAN IMAN

Indahnya Menperoleh Kemanisan Iman

Jumaat, 24 Jun 2011

39 Point HAND BOOK - for you & family

Health:

 1.       Drink plenty of water.
 2.       Eat  breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
 3.       Eat more foods that grow on trees and plants and  eat less food that is manufactured in plants.
 4.       Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and  Empathy.
 5.       Make time to  pray.
 6.       Play more games.
 7.       Read more books.
 8.       Sit in silence for at least 10 minutes each day.
 9.       Sleep for 7 hours.
 10.     Take a 10-30 minutes walk every day. And while you  walk, smile.

 Personality:

 11.    Don't compare your life to others. You have  no idea what their journey is all about.
 12.    Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive  present moment.
 13.    Don't over do. Keep your limits.
 14.    Don't take yourself so seriously. No one else does.
 15.    Don't waste your precious energy on gossip.
 16.    Dream more while you are awake.
 17.    Envy is a waste of time. You already have all you need.
 18.    Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
 19.    Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
 20.    Make peace with your past so it won't spoil the present.
 21.    No one is in charge of your happiness except you.
 22.    Realize that life is a school and you are here to learn.
 23.    Smile and laugh more.
 24.    You don't have to win every argument. Agree to disagree.

 Society:

 25.    Call your family often.
 26.    Each day  give something good to others..
 27.    Forgive everyone for everything.
 28.    Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
 29.    Try to make at least three people smile each day.
 30.    What other people think of you is none of your business.
 31.    Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.



 Life:

 32.    Do the right thing!
 33.    Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
 34.    GOD heals everything.
 35.    However good or bad a situation is, it will change.
 36.    No matter how you feel, get up, dress up and show up.
 37.    The best is yet to come.
 38.    When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
 39.    So, be happy.
iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Ahad, 19 Jun 2011

Selamat Hari Bapa... =)

Terima kasih ayah...
membesarkan kami dgn bersusah payah,
segala pengorbanan & kasih sayang yang kau curahkan,
memberi pendidikan, agama serta kemahuan

sungguh aku kasihkan ayah...
walaupun terkadang aku tidak dapat menurutmu
jauh di sudut hatiku, 
aku sentiasa titipkan doa
penuh pengharapan serta kasih sayangku
mungkin tidak sehebatmu...

Ya Allah..
ampunilah ayahku
permudahkanlah urusannya
sihatkanlah tubuh badannya
murahkanlah rezekinya
peliharalah dirinya
berkatilah kehidupannya dunia & akhirat..
tuntunlah aku supaya sentiasa menjadi anak yang soleh
yang sering mendoakan buat ayahku...

lafaz inilah yang sering tersimpan di lubuk hatiku yang sangat dalam...
begitu dalam...sungguh,
I LOVE U AYAH!!! aku rindu padamu....  


iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Jumaat, 17 Jun 2011

Kisah utk Renungan Jumaat =)

Ketika Khalifah Harun al-Rasyid, khalifah Bani Abbasiah menunaikan haji, bertemu dgn Aziz Al-Umari yg bertanyakan kepadanya,
" Kamu lihat manusia yang berkumpul di Baitullah?"
" Ya!" jawab Harun.
Al-'Umari bertanya lagi, "Berapakah jumlah mereka?"
Harun menjawab, "Tidak terhitung."
Al-'Umari berkata, "Ketahuilah, wahai khalifah, setiap mereka kelak akan ditanya tentang diri mereka sendiri. Tetapi kamu akan ditanyakan tentang mereka semua"
Mendengar ucapan ini, Khalifah Harun al-Rasyid menangis tersedu-sedu.

Astaghfirullah... peringatan utk setiap manusia terutama pemimpin2 besar. tp, bkn pemimpin besar2 shj yg perlu beringat-ingat, malah setiap orang kerana setiap org adalah pemimpin (khalifah). Pemimpin rumah tangga, pemimpin keluarga, pemimpin negara, pemimpin persatuan, pemimpin sekolah, pemimpin di tempat kerja dll... MasyaAllah~ iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Khamis, 16 Jun 2011

Majlis Perasmian Open Tahfiz Centre =)


Alhamdulillah... pada 14 Jun baru-baru ni, Open Tahfiz Centre telah dihangatkan dengan kehadiran Presiden PAS, siapa lagi kalau bukan YAB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang ke markaz Open Tahfiz Centre utk menyempurnakan perasmian Open Tahfiz Centre. Dalam masa yang singkat, majlis ini berjalan lancar. ^_^

Ucapan alu-aluan drpd Pengasas II OTC, Ust Zamri Zainuldin

Ucapan serta amanat drpd TG Hadi

Teringat sewaktu ucapan Tuan Guru, beliau menyatakan tentang ganjaran bagi sesiapa yang melazimi al-Quran, beramal dengannya dan benar2 menghayati isi kandungan al-Quran tersebut.Beliau juga mengingatkan kita sekiranya kita susah, gagap utk membaca al-Quran, di situ tersirat begitu banyak pahala disebabkan gagap serta usahanya utk membaca ayat-ayat suci Allah s.w.t. Huh.. bila Tuan Guru ckp mcm tu, rasa bersemangat utk membaca al-Quran sambil berusaha memperbaiki cara bacaan serta bertadabbur utk lebih memahami & mencintai setiap bait firman Allah yg telah diturunkan...~ 
Jom sama2 kita membacanya serta memperbaikinya.... ^_^
iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Ahad, 12 Jun 2011

Guru vs Ibu Bapa... siri 1 =)

Entri ini bukanlah perlawanan antara ibu bapa dan guru oleh kerana terdapat perkataan ‘vs’ tetapi adalah ‘persaingan bersama'  ibu bapa & guru untuk seiring melangkah menjadikan ummat Rasulullah umat yang unggul. Hanya pandangan saya, hasil daripada sedikit pembacaan dan pemerhatian. Suka dengan penyataan yang menyatakan “ Guru adalah ibubapa kedua di sekolah dan ibubapa adalah guru kedua di rumah”…

Walau bagaimanapun, kedua-duanya berperanan besar untuk melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan bertaqwa. Sebelum anak-anak ke sekolah, ibu bapalah yang menjadi guru pertama di rumah. Jangan dipandang enteng sifat yang ditonjolkan kepada anak-anak kerana pada usia mereka yang kecil, ibu bapalah idola mereka.

Guru~
Guru di sekolah bukan hanya mengajar tentang mata pelajaran tertentu sahaja, tetapi juga sebagai pendidik yang turut sama membantu ibu bapa membina akhlak & aqidah yang utuh. Jadi, tidak boleh timbul kata-kata yang dikeluarkan oleh guru “ala..lantak la budak ni, bukan anak aku pun…”

Kalaulah kata-kata ini dikeluarkan oleh beratus-ratus orang guru, malah beribu-ribu, apa yang akan jadi pada ummah akan datang?? Dan jika difikirkan, barang kali anak-anak murid yang kita mengajar sekarang akan menjadi guru pada masa akan datang dan melakukan perkara yang sama pada anak-anak kita. Tidak menghiraukan pelajar, tidak kisah dengan apa pelajar lakukan dan sama sekali tidak cuba untuk memperbaiki akhlak mereka.

Oleh sebab itu, setiap pembelajaran yang dijalankan perlu dikaitkan dengan kebesaran Allah supaya setiap apa yang akan dilakukan oleh anak-anak akan disandarkan kepada Allah. Bukan sahaja mata pelajaran Pendidikan Islam, tetapi mata pelajaran lain seperti Sains, Matematik dan Pendidikan Seni sekalipun. Perkara ini perlu dibiasakan seawal usia kanak-kanak sejak mereka mula ke tadika. InsyaAllah, sekiranya perkara ini dititik beratkan oleh guru-guru sejak awal, akan berkurang masalah sosial dan moral di kalangan pelajar-pelajar terutama remaja kerana pelajar takut untuk melakukan kesalahan bukan kerana dimarahi guru, tetapi kerana ianya dilihat dan perbuatan itu dimurkai Allah.

Sampai di sini saje, tunggu pada entri akan datang…~  ;)
iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Khamis, 9 Jun 2011

Jangan Percaya dengan MIMPI~

"Dia (Yaakub) berkata, Sesungguhnya kepergian kamu bersama Yusuf sangat menyedihkan aku dan aku khuatir dia dimakan serigala, kamu lengah daripadanya" -Surah Yusuf:13.

Suatu ketika Nabi Yaakub bermimpi musibah akan melanda anak kecilnya. Beliau khuatir akan keselamatam anaknya dan memberi wasiat agar anak kecil tersebut dijaga dengan baik oleh abang-abangnya. Rupa-rupanya mimpi boleh menjadi benar.

Mimpi positif memberi kita keyakinan tinggi. Namun, persediaan rapi perlu dilaksanakan. Penyerahan bulat-bulat dan mempercayai mimpi mungkin boleh membawa kecundang. Solat Hajat dan doa berterusan mampu merealisasikan sebuah mimpi...~

Info ini dipetik drpd buku Bila Pintu Hati Terbuka, karya Dr. Ridzwan Bakar..
iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Rabu, 8 Jun 2011

Untukmu Suami

altPernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.
Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.
Amin...
iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Selasa, 7 Jun 2011

iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href="/ + data:post.url + "&layout=standard&show-faces=true&width=530&height=60&action=like&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>